» » Saya Sayang Bonda Saya

Saya Sayang Bonda Saya

Pada suatu petang, sekumpulan adik-beradik tengah berkumpul sambil minum petang.

A: Siapa yang boleh lawan Bonda ada anak 7?

Seorang budak yang lurus bendul terus angkat tangan dengan bangganya. Yang lain pandang dengan muka terkejut.

B: Biar betul kau nak anak tujuh?

Budak lurus bendul: Betullah. Bukan senang pun. Beranak jelah!

Oh, sayalah si budak yang lurus bendul itu. Masa tu masih lagi sekolah rendah. Saya ingatkan beranak tu senang. Setakat beranak je. Saya tak tahu pulak kena lalui berbagai-bagai masalah masa mengandung, sakit bersalin, ragam berpantang, dan kerenah menjaga anak yang pelbagai.

Tapi itu dulu yer! Sekarang saya dah tahu macam mana peritnya mengandung. Walaupun belum tahu macam mana sakitnya bersalin, tapi ketakutannya dah ada. Walaupun belum pernah merasa lagi menjaga anak sendiri, tapi melihat perangai anak-anak buah yang berdozen itu pun dah buatkan saya mengerti kepayahan yang akan dilalui nanti.

Sekarangni, baru saya dapat bayangkan kepayahan yang Bonda terpaksa lalui untuk melahirkan dan membesarkan kami semua. Rasa menyesal sangat sebab dah banyak menyusahkan Bonda. Susahkan Bonda dengan nak makan macam-macam (padahal lauk pindang je pun, bukannya rendang kerang, huhu), dengan nak beli macam-macam, dengan merajuknya lagi sambil hentak-hentak kaki naik tangga pastu tarik muncung panjang sedepa.

Haish, bila dikenangkan kembali memang malu sendiri. Tapi bak apa yang saya tulis kat entri INI, anak kecil itu tak mengerti. Kerana anak kecil itu hidup dalam ruangnya sendiri. Tapi jangan pula bila dah besar dah pandai pikir dah pandai basuh berak kencing, nak jadi anak yang kurang ajar plak seperti INI.

Kalau nak diikutkan, saya memang lebih manja dengan Bonda berbanding dengan arwah Abah. Yelar, saya dapat hidup dengan arwah Abah pun cuma 10 tahun. Masa yang teramat singkat, sehinggga tak banyak memori yang disimpan. Nak kata saya jeles dengan abang2 dan kakak2 saya? Mestilah! Diorang ada banyak memori dengan Abah saya.

Tapi kawan-kawan saya pula jeles bila saya tiap-tiap minggu balik rumah masa belajar di UiTM dulu. Memang banyak program dengan kawan-kawan yang saya tak dapat ikut. Diorang pun dah malas nak ajak saya sebab tahu saya akan balik rumah. Tapi memang itulah tujuan saya mintak U yang dekat dengan rumah. Supaya saya boleh balik temankan Bonda. Antara kawan dan Bonda, dah tentulah Bonda yang lebih penting!

Masa belajar dulu, saya selalu berangan bila kerja nanti nak bagi duit tiap-tiap bulan kat Bonda. Biar Bonda beli benda-benda yang dia suka, dan kalau boleh saya nak support Bonda pergi haji. Tapi sekarang saya dah jadi isteri orang. Tanggungjawab saya lebih kepada suami. Dan disebabkan perlu mengikut suami sambung belajar, saya tak start kerja lagi seperti kawan-kawan yang lain. Rasa sedih tak dapat bagi duit kat Bonda dengan hasil titik-peluh sendiri, tapi saya pasti Bonda paham.

Masa bersanding dulu, saya pelik kenapa tiap kali tepung tawar Bonda akan menangis. Dalam hati saya pikir “Bonda ni tak suka ke Adik kahwin?”. ┬áTapi rupa-rupanya Bonda sedih nak melepaskan saya. Kini saya dah tak boleh balik tiap-tiap minggu untuk jumpa Bonda. Dan bila balik, saya tak boleh hanya duduk di rumah Bonda je. Kena juga balik ke rumah mertua. Barulah adil, kan?

Oh cukuplah buat setakatni. Sedih dah ni. Huhu. Tapi Adik memang sayang Bonda sangat-sangat!!

Buat Kakteh, jaga Bonda elok-elok. Layanlah Bonda berborak, jangan sampai Bonda rasa sunyi.

 

Buat Alang, Kakngah, dan Kakcik, selalu-selalulah jenguk Bonda. Tak jauh pun, kan?

 

Buat Along dan Uda, baliklah ke Klang kalau ada masa dan kelapangan.

 

Buat diri sendiri, jadilah anak yang terbaik. InsyaAllah. Amin.

Leave a Reply

CommentLuv badge