» » Saya Sudah Tidak Larat

Saya Sudah Tidak Larat

Assalamualaikum.
Tiba-tiba je pagi tadi keluarkan entri berbentuk emo ni (Saya Dah Tak Larat Lagi!!). Kenapa? Apa yang tak laratnya? Terima kasih pada Faizal Sulaiman dan Atiqah Adnan yang concern. Huhu. Tak sangka ada yang mengambil berat. Sangka saya entri itu takkan mendapat sebarang komen pun. Hehe.
Ok2, berbalik kepada topik asal. Apa yang saya dah tak larat tu? Erm, sekarangni saya rasa badan sudah seperti orang tua. Sakit-sakit satu badan. Serius sakit. Tangan, kaki, pinggang, punggung, semua pun sakitlah! Huhu.

Sekarangi saya dah tak boleh nak duduk lama-lama. Kat rumah kami ni tak ada sofa (ada sebab kenapa tak beli, nanti akan reveal k?). Jadinya bila berblogging, saya hanya duduk di lantai dan letak laptop di atas meja kecil yang macam budak-budak guna untuk main-main tu. Kalau dulu, saya boleh tahan berjam-jam depan laptop. Kalau internet laju, sanggup tak bergerak tau! Huhu.
Tapi sekarang, baru sekejap dah terasa sakit badan ni. Mungkin sebab baby dah bertambah besar. Tekanan pada bontot bertambah-tambah. Hehe. Dan kalau time saya menghadap laptop je, mulalah baby ni jadi terlebih aktif. Tendang perut saya tak henti-henti. Agaknya baby ni tak suka mamanya jadi blogger kot. Ke dia pun teringin nak ada blog sendiri ek? Hehe.
Masalah yang saya kena hadapi bukan time siang je. Malam nak tidur pun sama. Badan sakit-sakit, tak boleh nak tidur. Bila dah terlelap plak, mesti akan terjaga dan mengeluh kesakitan. Apa yang sakit? TANGAN! Huhu. Pernah sekali terlanggar jari sendiri, terus terjaga sebab rasa macam jari tu dah lari dari kedudukan asal. Huhu.
Alamak, saya mengeluh ke ni ek? Bukan tak suka nak dapat baby. Suka sangat-sangat!!!!! Tapi, baru sekarang saya tahu keperitan mengandung ni. Belum lagi kesakitan nak melahirkan baby nanti. Huhu.
Jadinya, mulai sekarang mungkin saya akan limitkan masa online saya. So kalau ada blog-blog yang tak dapat dijengah tu, janganlah kecil hati ye. Ibu mengandung ni perlu menjaga kesihatan diri dan anak dalam kandungan. Huhu. Daa…

Tempat Best Untuk Beli Personalized Gifts

Leave a Reply

CommentLuv badge