» » Sejarah Awal Vitamin Dan Jenis Vitamin

Sejarah Awal Vitamin Dan Jenis Vitamin

posted in: Shaklee | 1

Assalamualaikum.

Sejarah awal vitamin bermula apabila ianya ditemui oleh Dr. Wiiliam Fletcher pada tahun 1905. Dan pada waktu ianya dikenali sebagai special factor. Pada tahun berikutnya pula, seorang jurukimia bernama Sir Frederick Growland Hopskin telah menjumpai beberapa food factor yang penting untuk tubuh badan. Pada tahun 1912, seorang saintis bernama Kazimierz Funk telah memberikan nama ‘Vitamine‘ kepada special factor ini. Perkataan ‘vitamine’ berasal dari perkataan ‘vita’ yang bermaksud ‘life’ dan juga ‘amine’ yang diambil dari kompaun makanan bernama Thiamine yang diekstrak dari sekum beras. Lama-kelamaan, perkataan ‘vitamine’ dipendekkan kepada ejaannya sekarang.

Terdapat dua kategori vitamin, iaitu larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak terdiri daripada vitamin A, D, E, dan K. Ianya disimpan di dalam hati dan lemak badan kita. Dan ianya akan ditukarkan di dalam badan secara berkala. Pengambilannya perlu dikawal supaya tidak berlebihan kerana ianya akan berkumpul di dalam badan dan  menjadi toksin.

Manakala vitamin larut air pula terdiri dari lapan jenis vitamin B dan vitamin C.  Ianya cepat larut dalam air, dan jika terdapat lebihan, ianya akan disingkirkan melalui air kencing. Pengambilannya pula perlulah teratur supaya ianya dapat diserap secara optimum oleh badan.

Jika anda ingin memastikan kesihatan tubuh badan yang baik, maka anda perlulah memakan vitamin sebagai makanan tambahan (suplemen). Tetapi harus diingat, terdapat banyak produk suplemen di dalam pasaran. Baca di sini untuk perbezaan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Buatlah pilihan yang bijak. Jika anda mahukan suplemen yang dijamin selamat dan berkesan, Shaklee adalah jawapannya. =)

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

One Response

  1. […] kepada entri Jenis-Jenis Vitamin, vitamin A tergolong dalam vitamin larut lemak di mana lebihannya akan disimpan di […]

Leave a Reply

CommentLuv badge