» » Selamat Harijadi Ke-2 Buat Irdhina Aneesa

Selamat Harijadi Ke-2 Buat Irdhina Aneesa

Assalamualaikum.

14 Januari 2015. Hari ini Aneesa dah genap dua tahun. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je lahirkan dia. Masih terbayang-bayang lagi pengalaman melahirkan Aneesa. Dan masih boleh bayangkan lagi bau baby dia.


Tapi sekarang anak Mama dah besar. Dah banyak keletahnya, yang kadang-kadang buat Mama naik angin juga. Huhu. Aneesa dah boleh bercakap sikit-sikit. Apa yang orang cakap, dia akan ikut.

Bab cemburu pun bagi lah kat dia. Apa yang Ammar pegang, itu juga yang dia nak. Memang inilah punca budak berdua ni bergaduh. Tapi bila mood baik, pandai pula main sama-sama.

Mama rasa, Aneesa ni ikut perangai Mama kot. Agak ‘keras kepala’ dan kalau boleh semua benda nak dapat.

Sejak dua-tiga hari ni, perangai Aneesa makin menjadi-jadi. Bila Mama fikir-fikirkan balik, mungkin Aneesa dah masuk ke fasa ‘The Terrible Twos’. Nampak gayanya makin mencabarlah tugas Mama dan Papa untuk mendidik Aneesa.

Walauapapun gelagat dan kerenah Aneesa hari-hari, Mama dan Papa tetap sayang Aneesa sangat-sangat. Abang Ammar pun sayang juga kat adik dia ni. Semoga Aneesa membesar menjadi seorang anak yang solehah, Aminn…

ammar dan aneesa

One Response

  1. titan
    | Reply

    pehh..

    ammar dah besar dahh..

    dulu tengok..masih tak reti jalan lagi..la ni..dah pandai pimpin dahh..
    titan recently posted..Buat Duit dengan TaskVMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge