» » Selamat Tinggal 2010, Meh Sini Meh 2011

Selamat Tinggal 2010, Meh Sini Meh 2011

Cepatnya masa berlalu. Sekarang tahun 2010 dah nak meninggalkan kita semua dah. Meh kita semak balik apa yang terjadi dalam tahun 2010 ni.

1. Setelah berhempas-pulas selama empat tahun, akhirnya berjaya juga menghabiskan degree in pharmacy! Bersyukur yang amat sangat, sebab teramatlah susahnya. Bukan setakat susah, tapi sengsara!! Bila dah habis, rasa lega sangat-sangat. Tapi dalam empat tahun ni lah banyak kenangan yang dicipta. Huh, rindunya dengan kawan-kawan farmasi.

2. Tahun ni gak saya bertukar status menjadi isteri orang pada 11 Jun 2010. Perasaannya? Mula-mula macam tak percaya, tapi dalam hati berbunga-bungglah of course. Dah hampir empat tahun bercinta, akhirnya sampai ke jinjang pelamin.

3. Dan dalam tahun ni gak saya disahkan mengandung, insyaAllah bersalin bulan Mei tahun depan. Syukur sekali lagi Ya Allah, kerana Kau mempermudahkan segalanya untukku.

Rasanya itulah benda-benda penting yang berlaku dalam tahun 2010 ni. Azam untuk 2011 plak? Aduyai, malasnya nak mencipta-cipta azam ni. Sebab tak terbuat pun akhirnya. Hehe. Balik-balik azam yang sama. So malaslah nak taip. Sendiri tahu sudah.

Ehem: Sambut tahun baru ke? Sambut kat mana?

Leave a Reply

CommentLuv badge