» » Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-4

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-4

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pada tarikh 11 Jun 2014 ni, genaplah empat tahun ulang tahun perkahwinan saya dan Cik Abang. Ditambah dengan empat tahun sesi cinta monyet, kiranya dah 8 tahun kami kenal satu sama lain. Lama jugak kan? Daripada dulu saya muka budak-budak., sekang dah muka mak budak. Daripada Cik Abang yang dulu kurus je orangnya, tapi sekarang ooopppps..Hihihi, itu tanda bahagia namanya. =)

Orang kata, zaman bercinta tak sama dengan zaman berumahtangga. Ya, memang betul tu. Bila dah kahwin ni, barulah kita boleh betul-betul kenal dengan pasangan masing-masing. Apa yang penting, kena terima apa juga kekurangan. Sebab diri kita sendiri pun tak 100% sempurna, kan? Kalau boleh, cuba jangan diungkit-ungkit segala kesalahan dan kekurangan, tapi ingat dan banggakan apa yang baik yang ada pada pasangan. Ini pesanan buat diri saya sendiri. Dan jika ianya berguna untuk yang membaca ini, ambillah nasihat ini, ok? =)

Saya rasa bersyukur sangat sebab dapat jadi permaisuri hati Cik Abang. Dan gembira sebab kami berpeluang untuk hidup di luar negara selama dua tahun. Walaupun ada waktu susahnya, tapi itu semua pengalaman yang memang tak akan kami lupakan sampai bila-bila.

Alhamdulillah, hasil dari perkahwinan ini, kami dikurniakan dengan dua orang anak yang comel dan banyak keletah. Mereka inilah penyeri hidup kami hari-hari, walaupun penat juga nak melayan kerenahnya dari pagi ke malam. Memang tak senang duduk langsung. Tapi, inilah amanah dan tanggungjawab buat kami. Kena ikhlaskan hati.

Apa yang saya harapkan, agar perkahwinan ini dirahmati oleh-Nya dan kekal bahagia selama-lamanya. Amin… =)

7 Responses

  1. brohantu
    | Reply

    Tahniah.. Selamat Ulang Tahun
    brohantu recently posted..Rod Pancing Daiwa Tatula BassMy Profile

  2. akubiomed
    | Reply

    Tanniahlah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 4.
    akubiomed recently posted..Ubat cacing untuk AslahMy Profile

  3. Hazmin Hamudin
    | Reply

    Tahniah. Selamat ulang tahun. Semoga berbahagia.
    Hazmin Hamudin recently posted..Tertarik Dengan Gaya Rambut PompadourMy Profile

  4. Abdur
    | Reply

    Tahniah…moga berkekalan,
    Abdur recently posted..Cara Menggunakan Filezilla FTP ClientMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge