» » Semangat Yang Hilang

Semangat Yang Hilang

semangat yang hilang

Assalamualaikum.

Susahnya nak mula kembali menulis di blog setelah lama menyepi. Entri terakhir adalah pada 4 Jan yang lepas. Nak buat ayat pun dah rasa janggal je ni.

Sebenarnya, saya rindukan zaman rajin berblog dulu, terutamanya semasa zaman belajar dan semasa kami menetap di Perancis. Masa tu saya memang aktif. Tapi semakin lama, saya sudah semakin jarang update blog dan berblogwalking.

Kawan-kawan blogger pun ramai yang dah kurang aktif berblog. Mungkin masing-masing dah semakin sibuk dengan anak-anak, dan ada juga yang sibuk dengan bisnes di Facebook dan Instagram.

Kalau dulu saya terlalu suka mencatatkan semua perkara di sini. Tapi sampai satu tahap, saya kurangkan perkongsian terutamanya mengenai hal-hal peribadi. Terlalu banyak yang saya tapis sebelum dikongsikan.

Dan mungkin juga disebabkan tapisan-tapisan ini, idea semakin berkurangan dan akhirnya saya pilih untuk menyepi.

 

Masa Untuk Kembali

Namun satu emel yang saya dapat dari pembaca blog ini telah membuatkan saya rasa ingin kembali aktif seperti dulu. Biarlah saya terus mencoretkan perkongsian di sini, sekurang-kurangnya dapat dijadikan sebagi kenangan. Dan jika perkongsian itu dapat memberi manfaat kepada yang membaca, itu lagi bagus!

Semoga segala perkongsian di blog ini akan menjadi saham yang baik buat saya, di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

 

27 Responses

  1. islam di dadaku
    | Reply

    tahniah welcome back semoga kembali spirit menulis
    islam di dadaku recently posted..Jangan Remehkan saudaramu yang berbuat dosaMy Profile

  2. Zurainny Ismail
    | Reply

    Welcome back! Pd pendpt saya, sekali sekala ‘time out’ boleh jadi suatu blessing in disguise – peluang utk menilai semula hala-tuju, refresh minda, dan mcm2 lagi. Salam Mesra Aidilfitri. 😀
    Zurainny Ismail recently posted..Drama Bersiri di Internet (Web Series)My Profile

  3. Ummu Khaulah
    | Reply

    Teruskan menulis, puan. Insya Allah banyak manfaat yang puan boleh kongsikan lagi. Suka singgah ke sini 🙂

  4. vitri
    | Reply

    tetap semangat berkarya..
    vitri recently posted..Max DoorMy Profile

  5. jida
    | Reply

    selamat kembali menulis blog..semoga perkongsian akan dtg dpt memberi manfaat untuk pembaca.
    jida recently posted..Resepi Puding Karamel, Ringkas Tapi SedapMy Profile

  6. Aisya
    | Reply

    Semangat seseorang boleh hilang dengan cepat apabila menghadapi tentangan yang hebat dan stres dibina bersamanya. Jika tidak diurus dengan baik, ia boleh mengakibatkan kemurungan berlaku pada seseorang jugak.

  7. Yourfabulousmama
    | Reply

    Penulisan yang positif & sangat baik..jangan dihentikan. perkongsian yang baik mudah-mudahan beroleh pahala…

  8. dil
    | Reply

    salam perkenalan sis,,suka baca blog sis,,teruskan sis berblog coz ur blog sgt memberi inspirasi,,follow u…

  9. Ikhwan
    | Reply

    tak mengapa, semangat boleh dipupuk semula 🙂
    Ikhwan recently posted..Bisnes Sukses Walau Bergerak SoloMy Profile

  10. ctfand
    | Reply

    Try
    ctfand recently posted..Tukar Child Theme BaruMy Profile

    • ctfand
      | Reply

      Eh..terlepas pulak try ni..hihi. Minta maaf ye….

  11. ctfand
    | Reply

    Sama sgt..mula stuck masa pregnant. Now dah bersalin, kalut dgn jaga diri dan jaga anak pula. Ntah bila nak dapat rentak..he he
    ctfand recently posted..Tukar Child Theme BaruMy Profile

  12. ayo semangat, saya tunggu karyamu berikutnya

  13. hawa
    | Reply

    Semoga terus bersemangat untuk berkongsi ilmu.Amin.
    hawa recently posted..Set Kehamilan Shaklee : Nutrisi Lengkap Sepanjang KehamilanMy Profile

  14. Tracy Galdamez
    | Reply

    Cara mengembalikan semangat yang hilang selanjutnya adalah dengan cara mencari teman yang tepat. Teman merupakan salah satu seseorang yang akan dapat mempengaruhi segala kepribadianmu. Oleh karena itu pilihlah teman yang tepat agar hidupmu dapat semakin baik dalam setiap harinya.

  15. Alin Marlini
    | Reply

    Welcome back Mama Bard 🙂
    Alin Marlini recently posted..Trip ke Jepun – Universal Studio Japan & Kyoto Imperial Palace (Part 8)My Profile

  16. permohonan upu
    | Reply

    nyanyi lagu xpdc..semangat yang hilang.hehe..apa-apapun, target 1 minggu 1 entri dulu.hehe
    permohonan upu recently posted..Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017My Profile

  17. oyong ilham
    | Reply

    Kalau mood lg bagus, saya rajin update artikel. Tapi kalau mood lg jelek … Malas update artikel. Mampir ke blog saya kak
    oyong ilham recently posted..Cara Islam Menyikapi Hari Valentine –My Profile

  18. Yourfabulousmama
    | Reply

    Hmm bila takde idea memang rasa lost kan. Biasanya saya akan remind diri balik apa tujuan dan motif nak buat blog ni masa mula-mula dulu. Dan paling best tanya diri sendiri “Setelah aku bersusah payah sekian lama untuk sampai ke tahap ini, dah hebat ke? dan perlukah aku berhenti sekarang?”. Hah kau! Mula la ligat idea nak keluar dari kepala. Tulis – tulis – tulis…Hehe

  19. Uncle Zuan
    | Reply

    1 minggu 1 entri pun dah cukup kalau tak mampu buat banyak banyak entri. selamat kembali 😉
    Uncle Zuan recently posted..Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…My Profile

  20. siti hazreen
    | Reply

    mood saya pun turun naik jugak…kadang-kadang rajin..kadang-kadang malas yang amat huhu…anggaplah blog ni macam diari kita je 😉
    siti hazreen recently posted..Hari Ini Cuti SakitMy Profile

  21. Raihanah Ahmad
    | Reply

    slm bard. salam perkenalan. insyaAllah semangat akan kembali. #dongibab kata orang
    Raihanah Ahmad recently posted..Wordless Wednesday: Apakah Penggalak Sistem Imun Anda?My Profile

  22. Suhimi Nain
    | Reply

    salah satu sebab lama semangat tak update sebenarnya ialah kita tak da idea, kering. satu lagi menulis, tapi takda perasaan. rasa excited tu tak da. macam tak sempurna rasanya bila post dekat blog. 🙂
    Suhimi Nain recently posted..Cara Beli Barang Di Lazada MalaysiaMy Profile

  23. Ummi Hanie
    | Reply

    Salam bard…

    same here… saya lagi lama tak update. rasanya tahun 2016 ni belum ada langsung… *sedih

    selamat kembali lah kita sama2 ya 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge