» » Senaman Untuk Ibu Mengandung

Senaman Untuk Ibu Mengandung

Boleh ke ibu mengandung bersenam? Tak bahaya ke untuk baby? Mungkin ramai ibu-ibu yang mengandung kat luar sana risau pasal benda ni. Yela mesti takut akan bawak kesan buruk pada baby, kan?

Tapi yang sebenarnya, ibu mengandung kena juga bersenam. Tapi berpada-pada, jangan terlalu teruk sangat. Buat yang simple-simple je.

Saya ada search video senaman yang sesuai untuk ibu mengandung di Youtube. Itupun sebab ramai yang cakap saya dah tembam, dan saya pun dah rasa diri berat. Nak jalan banyak pun dah mengah. Haish, nampak sangat stamina dah tak mantap.

So masa sibuk mencari-cari video tu, saya terjumpa dengan video ni yang sangat best. Kenapa best?
Sebab orang yang mengajar senaman ini pun mengandung gak!!! So kalau dia buat ok je, kita pun jadi yakinlah jugak nak buat, kan? Dan nama dia dalam Youtube tu doctorcathy. Tapi saya tak pastilah samaada dia memang seorang doktor ke tak.

Eh terlebih membebel plak. Ini videonya k. Tapi ini hanya untuk Warm-up. Nanti saya akan upload video-video yang lain juga. Jum bersenam sama-sama!!

p/s: saya belum start lagi pun. hehe…. =P

Leave a Reply

CommentLuv badge