» » Seronok puasa vs. Puasa Seronok

Seronok puasa vs. Puasa Seronok

Salam.

Siapa ada menonton rancangan Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya di TV9 semalam? Aku lupa nama rancangannya, tapi rancangan tu semalam membincangkan tentang tajuk “Seronok Puasa vs. Puasa Seronok”. Aku dapat tengok kejap je sebab dah tak tahan mengantuk.

Dan setakat apa yang aku dapat tengok tu, inilah antara yang aku dapat dan nak kongsikan dengan pembaca:

1- Seronok puasa tu merujuk kepada orang yang tidak sabar-sabar menantikan kehadiran Ramadhan sebab nak membuat amal sebanyak mungkin dan nak merebut ganjaran pahala yang telah Allah janjikan. Mereka ini juga akan merasa sedih bila Ramadhan berlalu pergi.

2. Sedangkan puasa seronok itu pula adalah golongan yang tidak sabar-sabar menunggu Ramadhan kerana memikirkan keseronokan duniawai sahaja. Contohnya seronok fikir nak pergi bazar Ramadhan mana, nak makan apa, tahun ni nak pakai baju raya fesyen apa, nak beli langsir dan perabot baru, dan kalau boleh kereta pun nak tukar baru! Kesimpulannya golongan ini lebih sibuk memikirkan keseronokan berhari raya.

3. Ustazah juga ada menyebutkan lima kelebihan berpuasa yang hanya Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad, dan tidak kepada umat-umat terdahulu. Tapi aku cuma ingat satu je, iaitu bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari bau kasturi (sedihnya tak ingat, huhu). Dan empat kelebihan lain yang aku dapat di BLOG INI adalah (sila betulakan aku jikan maklumat ini salah ye):

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.


c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.


d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.


e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

 

Erm, setakat itu je yang aku dapat sebelum aku tidur. Sikit je, tapi aku tetap nak kongsikan. Berkongsi ilmu kan bagus? ^_^

Jadi, kita ini sebenarnya berada di golongan yang mana? Yang seronok berpuasa, atau yang rasa bulan puasa tu seronok?

Renung-renungkan, dan selamat berpuasa. ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge