» » Set Bersalin Nona Roguy vs. Tanamera

Set Bersalin Nona Roguy vs. Tanamera

set bersalin terbaik (1)

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu buat semua. Bila dah habis berpantang ni, saya rasa nak buat entri tentang perbandingan antara set bersalin Nona Roguy dan set bersalin Tanamera. Antara dua set ni, mana yang lebih bagus, yang lebih berkesan, dan berbaloi dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Tapi ini merupakan pendapat peribadi saya sendiri ya, sebab saya dah menggunakan kedua-dua set ini.

Masa bersalinkan Ammar dulu, saya memilih untuk pakai set bersalin Nona Roguy. Dan untuk bersalin kali kedua ini pula, saya pilih set bersalin Tanamera.

Set Bersalin Terbaik

Bila dah pernah gunakan dua-dua produk ni, saya rasa set bersalin Nona Roguy lebih berbaloi untuk digunakan. Sebab utama adalah pil phytonatal yang ada dalam set ini. Pil ini memang bagus untuk atasi masalah sembelit. Sembelit ini memang masalah utama untuk orang lepas bersalin. Nak-nak lagi kalau yang kena jahit, mesti kita akan rasa takut nak meneran, kan? Tapi bila makan pil ni, Alhamdulillah mudah je nak buang air besar. Kalau kita makan pil tu pagi, petang tu mesti akan ke tandas untuk membuang. Tapi kena pergi cepat2, takut tercirit di tengah jalan. Hihihi. :p

Untuk set Tanamera pula, tak ada pil. Yang ada cuma teh herba dan minyak kelapa dara (VCO), dan yang lain2 adalah untuk kegunaan luaran. Teh tu saya tak boleh minum. Sebabnya dah cuba minum sekali, lepastu Aneesa jadi cirit-birit dan tak boleh tidur malam (Aneesa fully breastfeed). VCO pula memang saya dah guna sebelum bersalin lagi. Tapi masa dalam pantang, saya hadapi masalah sembelit pula. Kadang-kadang tu sampai lima hari menyimpam stok. Huhu.

Disebabkan masalah sembelit ni, saya minta kakak saya belikan pil phytonatal dan Along saya bawa datang sekali masa dia datang Toulouse. Masa tu saya dah nak dekat sebulan berpantang. Bila dah makan pil phytonatal, barulah masalah pembuangan menjadi lancar semula.

Untuk bersalin kali ini, saya perasan yang berat badan saya lambat turun berbanding sebelum ini. Dah habis tempoh berpantang ini pun, masih banyak lagi lemak-lemak yang terkumpul. Mungkin sebab dah tersalah memilih set bersalin agaknya. Huhu.

Jadi, kalau ditanya kan pendapat saya, saya akan jawab dengan sejujur-jujurnya yang set bersalin Nona Roguy memang terbaik. Tapi itu kalau nak dibandingkan dengan Tanamera la. Dengan produk-produk lain, saya tak bolehkan nak bandingkan sebab saya tak cuba lagi.

p/s: Entri ini merupakan review saya sendiri, supaya boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu di luar sana. Kerana setiap pembeli mempunyai hak untuk memilih mengikut penilaian mereka sendiri. Entri ini bukan bermaksud untuk menutup periuk nasi mana-mana pihak. Harap maklum.

9 Responses

  1. pakar seo
    | Reply

    I have read a few excellent stuff here. Definitely
    value bookmarking for revisiting. I wonder how a
    lot effort you set to make any such wonderful informative site.
    pakar seo recently posted..pakar seoMy Profile

  2. […] pun sama juga, menghabiskan masa yang agak lama untuk memilih set bersalin pilihan. Untuk kedua-dua proses berpantang, Mama menggunakan set bersalin tradisioanal. Almaklumlah, masa […]

  3. puanbee
    | Reply

    oo akk pernah guna

    afiat utk anak sulung
    mustika ratu
    sendayu tinggi , rasa macama afiat ok , tp tu la sembelit di buatnya ..
    puanbee recently posted..Applikasi Wee Chat – Seronok nya sembang bersama.My Profile

  4. ika othman
    | Reply

    bard…. masalah turun lambat tu org kata bila anak masuk 2,3 mmg lambat klo kite x displin hehehe produk shaklee tu xde ke yg blh trunkn berat badan? aku anak 1st pakai mustika ratu, ubat x mkn pon…. rayyan kne kuning. yg kedua aku beli amwaynyer pon x mkn ubat anak kne kuning jgak tp amik air akar kayu mak mertua aku yg rajin buatkan. anak ke 3 ni x tau lg. rasanya amik JAMU SUSUK DARA yg aku jual sndri hehehe….senang.

  5. safi abd rahman
    | Reply

    Assalammualaikum..
    nona roguy sangat terkenal dengan client saya terutama minyak herba. Cuma tak digalakkan pakai setiap hari sepanjang tempoh berpantang sebab panas. Mommy rasa warm ajer best tapi baby rasa rimas sebab panas. Tapi, sejak kebelakangan ni, Tanamera sangat popular. Pelanggan kata, seronok tengok serina redzuan kurus. hehehehe..
    Tapi selalunya kalau badan tak kurus ada banyak sebab bukan sebab set bersalin sahaja. Mungkin juga factor umur ketika kita bersalin. Time muda pembakaran kalori cepat, bila berumur lambat sikit. Kena usaha lebih.
    saya seronok membaca blog awak. terima kasih kerana sudi berkongsi

    http://safiabdrahman.blogspot.com/
    http://www.bidankota.com

  6. hafizmd
    | Reply

    Ambe dah lupa apa jenama set bersalin yg dibeli utk isteri…hehe

    Tp, pati ikan haruan mmg sentiasa jadi antra pilihan utama
    hafizmd recently posted..Hari Minggu Yang Tak BosanMy Profile

  7. Mus
    | Reply

    wife saya dilema juga nak pilih mana satu.. 3 anak pertama guna tradisional dan yang ke 4 ni guna yang moden shaklee
    Mus recently posted..#faceproject – Hitam Putih Potret Secara DekatMy Profile

  8. suri
    | Reply

    salam. sy belum cuba cuma pernah mkn akar kayu dari mak sahaja hee.. buat badan mengeliat adalah heee.blh cuba nnti
    suri recently posted..Seredup MatamuMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge