» » Set Bersalin Pilihan Saya

Set Bersalin Pilihan Saya

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, sekarangni kandungan dah masuk minggu ke-28. Tak sabar betul nak tunggu baby dalam perut ni keluar, boleh cium puas-puas, kan? Huhu.
Bila dah nak dekat bersalin ni (padahal tiga bulan lagi, tapi excited terlebih, hehe), persiapan untuk menyambut baby kenalah dibuat betul-betul. Bulan ni nak beli breastpump, set bersalin, dan Lunatots. Waa, semua pun harga ratus-ratus. Gugur rambut berbesen-besen kalau macam ni. Takpe2, lepasni cuma tinggal beli barang-barang kecil je.

Kalau untuk breastpump kami dah decide untuk beli Spectra 3 je (boleh rujuk: Spectra 3 vs. Spectra Dew). Untuk set bersalin plak, kami decide nak beli set bersalin Nona Roguy. Kenapa set Nona Roguy? Sebab produk ni dah lama berada dalam pasaran, dan ramai yang cakap produk ni bagus. Terutamnya untuk mengelakkan sembelit. Lagipun, saya kurang percaya apda produk-produk yang baru je berada dalam pasaran. So walaupun harga NR agak mahal, beli ajalah. Huhu.

Kami beli dari Kak Engku. Kak Engku ni jual murah tau! Hanya RM290 untuk set lengkap! Siap boleh tawar-tawar lagi. Dan kos penghantaran pun FREE!. Memang berbaloi-baloi. Hehe. Lepastu baru je petang semalam masukkan duit, pagi-pagi tadi lagi Kak Engku dah sms cakap yang barang tu dah dipos. Nampak gayanya, esok atau lusa sampailah barang tu. Nanti saya buat review ye. ^_^

2 Responses

  1. […] bersalinkan Ammar dulu, saya memilih untuk pakai set bersalin Nona Roguy. Dan untuk bersalin kali kedua ini pula, saya pilih set bersalin […]

  2. […] diri sendiri, yang masa mengandung 9 bulan tu hanya sibuk survey nak beli barang apa (Spectra3, Set Bersalin, Cloth Diapers) dan nak bersalin kat mana. Masa tu langsung tak terfikir nak menggali ilmu tentang […]

Leave a Reply

CommentLuv badge