» » Set Penyusuan Shaklee Yang Berkesan

Set Penyusuan Shaklee Yang Berkesan

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Mama yakin sekarangni makin ramai ibu-ibu di luar sana yang menyusukan anak mereka dengan susu badan sendiri. Tidak kiralah sama ada ibu tersebut bekerja atau tidak, tetapi masing-masing berazam untuk menyusukan anak sehingga sekurang-kurangnya berumur 2 tahun. Dan makin ramai juga yang mencari supplemen untuk membanyakkan susu badan. Antara supplemen yang menjadi pilihan adalah set penyusuan Shaklee.

PAUTAN KE ENTRI LAMA MAMA:

1. 5 Cabaran dalam Penyusuan Susu Ibu

2. My Breastfeeding Journey

Bila ibu-ibu mencari maklumat mengenai set penyusuan Shaklee ini, mesti ada yang rasa keliru dengan berbagai-bagi set yang ditawarkan. Mama pun masa mula-mula mencari maklumat tentang set penyusuan Shaklee, pening-pening lalat juga dibuatnya. Di bawah ini Mama kongsikan set-set penyusuan yang ditawarkan.

1. Set B

– Mengandungi vitamin B, vitamin C, multivitamin, dan alfalfa
– Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
– Tujuan utama menganmbil supplemen adalah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
– Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
– Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
– Set ini dapat membantu bayi yang mempunyai masalah eczema
– Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami cirit dengan alfalfa

2. Eu-Four Pack

– Mengandungi vitamin B, vitamin C, multivitamin, dan kalsium
– Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kekurangan susu ketika haid
– Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
– Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu
– Kalsium Shaklee (Osteomatrix) yang ada dalam set ini merupakan formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D
– Set ini turut membantu ibu menjadi cergas walaupun kurang tidur dan membantu pembentukan tulang dan gigi si kecil

set menyusu premium shaklee

3. Set E

– Mengandungi vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium, dan alfalfa
– sesuai untuk ibu yang mengalami kekurangan susu ketika haid
– Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
– Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu
– Kalsium Shaklee (Osteomatrix) yang ada dalam set ini merupakan formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D
– Set ini turut membantu ibu menjadi cergas walaupun kurang tidur dan membantu pembentukan tulang dan gigi si kecil
– Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
– Set ini dapat membantu bayi yang mempunyai masalah eczema
– Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

4. Set 3M

– Mengandungi Set B, kalsium dan ESP
– Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan (penghasilan susu tidak mencukupi walaupun si ibu telah mengepam susu setiap 2jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari)
– Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok susu yang sikit
– Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi/induce relactation

Rasa-rasanya bila dah baca keterangan ini, ibu-ibu dah tahu tak nak pilih set yang mana? Jika masih terdapat keraguan, bolehlah berhubung dengan Mama ya. Jangan malu, jangan segan. Free of charge. =)

 

Leave a Reply

CommentLuv badge