» » B Complex Shaklee, Sumber Vitamin B Terbaik!

B Complex Shaklee, Sumber Vitamin B Terbaik!

posted in: Shaklee | 8

Assalamualaikum.

B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B yang merupakan keperluan asas dalam diet yang sihat. Kesemua jenis vitamin B ‘wajib’ ada dalam supplemen B complex untuk memastikan keseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B yang ada dalam B Complex Shaklee adalah:

  • B1: Thiamin
  • B2: Roboflavin
  • B3: Niacin
  • B5: Panthothenic acid
  • B6: Pyridoxine
  • B7: Biotin
  • B9: Folic acid
  • B12: Cyanocobalamin

Antara fungsi-fungsi utama B Complex adalah:

  • Menukar makanan kepada tenaga – membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
  • Melawan tekanan – memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala (migrain), tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran – menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Rambut beruban dan gugur – membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan kulit
  • Baik untuk mata – mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus
  • Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang pengedaran darah dalam tubuh, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Detoksifikasi – meredakan alahan

Dan jika dilihat dari segi kecantikan kulit, B Complex membantu untuk mencegah pigmentasi, melambatkan tanda penuaan, merawat masalah jerawat, dan bertindak sebagai pelembap.

b-complex shaklee

Antara punca-punca yang boleh menyebabkan kemusnahan B Complex:

  • Jenis larut air – perlu selalu diganti
  • Boleh musnah oleh matahari/haba – proses memasak
  • Memakan banyak gula boleh menghabiskan B Complex
  • Stress – tekanan fizikal dan mental boleh memusnahkan B Complex
  • Kegunaan antibiotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan B Complex
  • Pil perancang meningkatkan penggunaan Vitamin B

Info tambahan mengenai B Complex Shaklee:

  • 120 biji dalam 1 botol
  • Satu biji selepas makan, setiap hari (untuk kesihatan berpanjangan)

Kenapa Vitamin B Complex Shaklee berbau? Bau busuk ini adalah disebabkan oleh Thiamin yang ada dalam pil B Complex Shaklee. Disebabkan produk Shaklee tidak menggunakan sebarang pewarna atau perasa tiruan, maka bau busuk ini tidak dapat disembunyikan. Ini menunjukkan bahawa produk Shaklee memang selamat. Jadi, gunakanlah tanpa was-was. =)

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

8 Responses

  1. […] Produk ini kurang mendapat perhatian berbanding produk-produk Shaklee yang lain seperti ESP, B Complex, Ostematrix dan lain-lain yang selalu mendapat permintaan yang tinggi. Mungkin sebab CarotoMax ini […]

  2. Rahsia Kulit Cantik
    | Reply

    […] untuk kulit cantik terdiri daripada kombinasi B Complex, Vita-C Plus, dan Vita-E. Ingat BCE, ingat kulit cantik! Jadi apa kelebihan yang ada pada […]

  3. […] 2. Staibaqhang dalam entri NutriFeron dan B Complex: […]

  4. Vitamin Untuk Ibu Hamil
    | Reply

    […] B Complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B. […]

  5. staibaqhang
    | Reply

    terbaik produk ni

  6. Cara Atasi Migrain
    | Reply

    […] yang boleh Mama cadangkan untuk mengatasi migrain ini adalah dengan pemgambilan B complex dan […]

  7. […] Mengandungi vitamin B, vitamin C, multivitamin, dan alfalfa – Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan – […]

Leave a Reply

CommentLuv badge