» » Produk Shaklee Halal Atau Tak?

Produk Shaklee Halal Atau Tak?

posted in: Shaklee | 1

Assalamualaikum.

Antara topik-topik hangat yang akan diutarakan apabila berbicara fasal Shaklee adalah mengenai status halalnya. Ramai yang mempertikaikan status halal Shaklee. Status halal atau haram ini memang sangat penting bagi umat Islam kerana apa yang dimakan akan menjadi darah daging.

Untuk pengetahuan semua, Shaklee sudah mendapat pengiktirafan halal dari Islamic Service of America (ISA) dan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM sendiri. Anda boleh pergi ke laman INI untuk melihat senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex.

Kesimpulannya, Shaklee halal untuk digunakan oleh umat Islam. Dan untuk menambahkan lagi keyakinan anda, mari sambung dengan membaca kenyataan dari Abd Rahman Baco, penulis buku “Halalkah Ubat Anda?

Assalamualaikum,

Apa khabar ? Ramai pembaca yang menghantar email
pada saya bercerita tentang percutian mereka. Jadi saya ucapkan
selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia dan selamat
berkerja terutama pembaca-pembaca email saya yang berada di luar
negara. Ada yang di German, Sudan dan juga di Arab Saudi.

Saya doakan semoga anda semua sihat dan dimurahkan rezeki oleh
Allah s.w.t

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku
“Halalkah Ubat Anda?” tentang status halal produk-produk keluaran
Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.

Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee
adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya

Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk
“Shaklee” iaitu
“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
———————————————————————‘

JAWAPAN:

Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22
Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi”.

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang
sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang
mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada
tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika
Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar
pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat
di pasaran Malaysia.

Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com

P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan
pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat
Anda?”.

Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis
ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com

 

One Response

  1. staibaqhang
    | Reply

    halal. produk 100% organic
    staibaqhang recently posted..street photography with fuji X-E1My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge