» » Shaklee Merubah Hidupku | Master Checklist

Shaklee Merubah Hidupku | Master Checklist

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Semenjak delegasi Shaklee pergi ke US baru-baru ini, newsfeed Facebook Mama sering dihujani dengan hashtag #shakleeeffect. Dan hari ini, Mama juga ingin berkongsikan dengan semua penangan #shakleeeffect ini dalam hidup Mama.

Semenjak Mama menyertai Shaklee dan berada di dalam group iReach, Mama sering diiingatkan tentang Master Checklist. Apalah benda Master Checklist ini kan? Benda ini sebenarnya adalah senarai perkara-perkara yang kami perlu lakukan setiap hari untuk menjadi seoarang pengedar Shaklee yang hebat.

Nak tahu apa yang ada dalam checklist ini? Ada tiga bahagian sebenarnya. Satu, makanan rohani, iaitu amalan-amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Amalan-amalan ini sebenarnya kita semua dah tahu, tapi sukar nak konsisten buat setiap hari. Jadi bila kami selalu diingatkan mengenai benda ini, barulah iainya dibut dan menjadi kebiasaan.

Kedua, adalah berkaitan dengan pemasaran. Kami perlu sentiasa update blog, facebook, an sebagainya untuk berkongsi kebaikan Shaklee. Dan kami juga perlu merekodkan jualanĀ dan maklumat pelanggan bagi memudahkan kami menjalankan ‘follow-up’.

Ketiga pula adalah untuk ‘upgrade’ diri dengan membaca. Kami ditekankan untuk membaca buku setiap hari bagi menambah ilmu dan mempertingkatkan tahap pemikiran. Mama dah tahu pelbagai tajuk buku yang menarik untuk ‘self-improvement’ sejak menyertai group iReach ini. InsyaAllah nanti Mama akan kongsikan dengan semua ye. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge