» » Shopping Akhir Tahun Adalah Yang Terbaik!!!

Shopping Akhir Tahun Adalah Yang Terbaik!!!

Shopping? Siapa yang tak suka, kan? Huhu. Kalau ada duit banyak, lagilah best nak bershopping.

Tapi masa yang paling best nak shopping adalah pada AKHIR TAHUN!! Sebabnya pada masa ni la semua shopping kompleks nak buat jualan akhir tahun. Yang online blogshop pun tak kurang hebatnya. Semuanya nak habiskan stok.

So kita kenalah rebut peluang ni untuk membeli dengan bijak. Untuk saya dan hubby, kami guna year end sale ni untuk beli barang-barang keperluan baby. Mungkin ada yang kata awalnya nak beli, tapi saya beli sebab memang sekarangni tengah murah. Lagipun kami beli benda yang tak expired.

Contohnya:

1. Lunatots Cloth Diapers (5 Velcro + 10 insert) = RM278 (normal price: RM340) rujuk kat ENTRI INI
2. Bumble Bee Swaddle Blanket = RM19.95 + RM6.00 (pos) (normal price: RM39.90)
3. Baju-baju yang sale

Kan banyak yang dapat dijiamatkan tu? Tapi setakat ni beli barang-barang yang perlu digunakan bila baby baru lahir la. Kalau yang lain-lain tu, boleh tunggu sale akhir tahun depan plak. Hehe. Ada nampak gaya kedekut tak? Tapi rasanya ni lah dinamakan bijak berbelanja, kan? Haha.

So meh kita terjah lagi blog-blog yang lain. Grab for the best deals ya!!

Leave a Reply

CommentLuv badge