» » » Shopping Barang Makan di Carefour

Shopping Barang Makan di Carefour

Assalamualaikum.
Hari Rabu lepas kitorang pergi mencari barang2 makan di Carefour. Dekat je Carefour ni, jalan kaki je dah sampai. Dalam 10 minit je jalan kaki. Masa nak ke sana tu, kitorang adalah lalu satu hospital ini. Tak tahu itu hospital biasa ataupun hospital sakit mental. Yang pastinya, kitorang nampak seorang pesakit perempuan yang cuba nak panjat pagar hospital!! Hehehe, tapi tak lepas pun. Cian dia, hajat tak kesampaian. =P
Bila dah sampai di Carefour, kami pun pusing2 la mencari barang. Tapi kan, nak shopping punyalah payah. Sebabnya tak faham apa yang ditulis kat packaging tu. Kalau kat bahagian daging2 plak, memang setakat pandang macam tu jela. Tak berani nak beli. Takut tak halal. So apa yang kitorang beli hari tu hanyalah udang, sayur, buah, dan barang2 kering.
Ini kat dalam ‘rumah’ kami
Tengah bershopping pun si Ammar ni sempat nak tidur lagi. Aduyai!
Pasangan romantik. Oh kat sini kadang2 tengah jalan2 pun boleh nampak orang tengah peluk2 dan cium2. Hehehe…
Inilah hasil tangkapan kami buat setakatni. =)
Kata Bardboo: Ni jap lagi nak ke Carefour lagi. Tengah menunggu dua orang jejaka idaman bangun dari tidur. Huhu.

Leave a Reply

CommentLuv badge