» » Siapakah Kita? Satu Renungan Buat Semua

Siapakah Kita? Satu Renungan Buat Semua

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua. Walaupun kat Malaysia dah malam, tapi kat sini masih siang lagi. Saya baru je ada peluang nak online guna laptop ni. Dalam beberapa hari ni internet di kawasan rumah tak elok, jadi aktiviti berblog memang tergendala. Entri kali ini merupakan hasil penulisan dari seorang hamba Allah yang meminta saya untuk menyiarkannya di Blog Bardboo ini, sebab beliau tidak mempunyai blog. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah..

salam kepada semua sahabat-sahabat blog yang di hargai. Disini saya ingin ingat mengingati sesama kita agar kita sentiasa mendapat kebaikan anugerah dari-Nya..Sahabat-sahabat yang dimuliakan sekalian, jarang sekali kita berfikir mengenai diri sendiri..siapakah diri kita?…Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan DIRI..ya itulah subjek perbincangan kita.

Adakah anda tahu siapakah diri anda sendiri..?disini saya igin mengambil kesempatan untuk mengajak sahabat-sahabat berfikir sejenak..tubuh badan kita adalah milik Illahi..segala panda indera kita adalah hak-Nya..tangan,kaki,jari,mata,telinga..segala-galanya adalah milik-Nya. Semuanya adalah pinjaman semata-mata..pinjaman yang diberikan KHAS di dunia ini..yaa..KHAS di dunia SEMENTARA ini..kita hidup hanya SEMENTARA di dunia ini..

Saya faham bahawa sahabat-sahabat sekalian juga tahu yang kita hanya hidup sementara sahaja di dunia ini..tetapi berapa ramai yang menyelami erti hidup sementara ? Dunia ini ibarat alam maya buat kita semua..kebahagiaan yg sebenar bukanlah disini..kehidupan yang sebenar adalah di akhirat..pernahkah kita terfikir ? Dunia ini adalah jambatan sahaja..hanya jambatan untuk kita menuju ke kehidupan ABADI..yang mana semua manusia akan hidup KEKAL di sana.. dunia ini adalah pentas lakonan buat hamba-Nya, segala skrip dan jalan cerita telah di tentukan oleh Penguasa Alam, Yang Maha Mengetahui Segala-galanya.

Selepas kita mati kelak, pernahkah anda terfikir bagaimana keadaan masa kita di alam kubur ? Siapa yang akan membantu kita semasa di alam tersebut?Jawapannya TIADA siapa..tiada siapa dapat menghulurkan bantuan untuk kita semasa disana kelak..tiada siapa yang dapat mendengar luahan hati kita disana..tidak seperti di dunia ini, kita punya kawan dan keluarga yang dapat membantu serta mendengar luahan hati kita. HANYA AMALAN kita yang akan menemani kita..jadi gunalah segala pemberian KHAS tersebut kearah kebaikan..para sahabat semua adalah golongan intelek, jadi anda semua tahu apa itu arah kebaikan.

Siksaan kubur bukanlah kisah dongengan..ia adalah nyata..bayangkan yang sahabat  ditanam di liang kubur dan di kambus..apakah perasaan sahabat-sahabat sekalian ketika itu?sunyi?takut?di liang yang gelap gelita itu, datang kemudian malaikat untuk menanyakan soalan-soalan cepu emas..bayangkan..bayangkan..ambilah masa seminit dua untuk memejamkan mata dan fokuskan kepada keadaan kita pada masa itu..

Jika sahabat-sahabat mempunyai rakan taulan atau ahli keluarga yang telah pergi, marilah kita berfikir sejenak apakah yang sedang berlaku pada mereka pada saat kini di alam sana..Setiap kali selesai bersolat, berfikirkan lah akan mereka di sana agar kita sentiasa dapat berdoa akan kesejahteraan mereka disana.

Kesimpulannya..siapakah kita di dunia ini?sahabat-sahabat fikirkanlah..:>

13 Responses

  1. hatiputera
    | Reply

    kita hanyalah pengembara di muka bumi allah yan luas ini.
    hatiputera recently posted..LELAKI KACAK UPDATE SPONSORMy Profile

  2. kulanz
    | Reply

    sentiasa mengenang mereka yang sudah tiada..
    itulah yang bakal terjadi kepada kita semua..
    kulanz recently posted..Awan Pelik Menyerupai Wajah Lelaki KacakMy Profile

  3. cekgu kechil
    | Reply

    …indahnya belakang hr itu sering di calar oleh nikmat alam fana…moga kita senantiasa di jlnNYA…

  4. rahman
    | Reply

    rajin rajin kan diri kita sedekah fatihah pada mereka yang telah tiada
    rahman recently posted..Bulavkus USB flash drive berbentuk pinMy Profile

  5. zack
    | Reply

    Kita ini musafir….musafir cari bekal…..

  6. mie
    | Reply

    setiap yang datang..
    pasti ada yang pergi..
    yang ada, perlu diteruskan..
    mie recently posted..Berakhir Sudah Soal Jawab Star Cruise LibraMy Profile

  7. azmanisma
    | Reply

    Semakin banyak orang yang lupa tujuan asal mereka hidup,hidup biarlah lebih kepada agama baru kita selamat dunia akhirat.
    azmanisma recently posted..Syukur Saya SelamatMy Profile

  8. syahrilhafiz
    | Reply

    hidup ni macam roda, selagi pusing pusing la roda tu
    kalau tak, Allah lebih sayangkan kita (;
    syahrilhafiz recently posted..Google Update Pagerank Kedua 2012My Profile

  9. titan
    | Reply

    hidup ini sekejap aje.
    titan recently posted..Kecelaruan Maklumat – Mat Luthfi dan TitanMy Profile

  10. Jebeng Otai™
    | Reply

    hidup didunia ini hanyalah pinjaman shja..
    Jebeng Otai™ recently posted..Wireless ChargingMy Profile

  11. kodinz
    | Reply

    Dunia, umpama tempat persinggahan untuk mengumpul bekalan untuk di sana. Kalau tiada apa-apa yang dikumpul di sini, di sana merana
    kodinz recently posted..Domain Murah Dari Go DaddyMy Profile

  12. akubiomed
    | Reply

    Kitai ini musafir di bumi Allah untuk persediaan ke alam yang lebih kekal.
    akubiomed recently posted..Juara didalam kehidupan sayaMy Profile

  13. Cikgu Hairul
    | Reply

    Hidup di dunia ni macam kita singgah di RnR la. Masa singgah tu takkan kita nak buat rumah dan segala bagai macam taknak jalan semula. Kalau namanya sementara, buatlah cara sementara. Siapkan apa yang patut sekadarnya. Kalau kita bersikap macam tu dalam hidup ni, Insyallah cukuplah bekalan untuk ke destinasi.
    Cikgu Hairul recently posted..Apabila Maksiat Semakin BiasaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge