» » 6 Tips Memilih Minuman Soya Terbaik

6 Tips Memilih Minuman Soya Terbaik

posted in: Shaklee | 2

Assalamualaikum.

Sedapnya minum air soya, kan? Tapi anda semua tahu tak macam mana nak pastikan air soya tersebut berkualiti ataupun tidak? Kali ini Mama nak kongsikan 6 kriteria utama yan perlu diberi perhatian dalam memilih sumber soya yang terbaik.

1. Ditanam secara organik

Perkara penting yang perlu diutamakan adalah soya tersebut ditanam secara organik, iaitu tanpa baja kimia dan racun serangga. Penanaman secara organik ini akan membuatkan soya tersebut bebas dari nitrat, di mana kandungan nitrat yang tinggi boleh menyebabkan kanser. Soya yang ditanam secara organik juga mempunyai khasiat yang lebih tinggi.

2. Soya Non-GMO

GMO adalah singkatan kepada ‘Genetically Modified Organisms’ yang bermaksud sesuatu organisma tersebut telah diubahsuai genetiknya. Kebanyakan soya dalam pasaran adalah soya GMO kerana soya GMO lebih tahan kepada serangga perosak serta racun, serta tumbuh dengan lebih cepat dan cepat dituai. Ini akan mengurangjkan kos penghasilan dalam kuantiti yang banyak. Tetapi, ianya amat berbahaya dan memberi kesan buruk pada kesihatan. Jadi, pastikan soya yang anda ambil adalah soya NON-GMO.

3. Lengkap dengan 9 amino asid perlu

Badan kita tidak boleh menghasilkan ‘9 asid amino perlu’ ini sendiri. Jadi kita perlu mendapatkan asid amino perlu ini dari pemakanan seharian. Kandungan asid amino perlulah lengkap kesemuanya untuk memastikan fungsi tubuh badan berjalan lancar.

4. Soya diproses menggunakan air

Pastikan soya yang anda ambil diproses menggunakan air, dan bukannya alkohol. Ini kerana apabila alkohol digunakan, 88% isoflavone dalam soya akan terhakis. Isoflavone ini penting kerana ianya merupakan komponen yang mengurangkan risiko kanser. Isoflavone juga penting untuk tindakan hormon dan menjaga jsiim tulang.

5. Diproses tanpa haba

Jika soya tersebut diproses dengan haba, maka segala proteinnya akan termusnah kerana protein sangat sensitif pada haba.

6. Ditambah dengan kalsium

Soya yang sudah proses (dibuang minyak) akan bersifat berasid. Jadi kalsium perlu ditambah untuk meneturalkannya semula. Soya berasid adalah berbahaya untuk kesihatan.

Dan kesemua kriteria-kriteria ini pada Energizing Soy Protein (ESP). ESP ini memang menjadi pilihan ramai, bukan sahaja kerana kualiti yang ada padanya, tapi juga disebabkan oleh kebaikan yang dapat diberikan oleh ESP ini pada badan kita. Nanti Mama akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam entri seterusnya, ok?

esp shaklee

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

Follow Siti Badariah Baharin:

Seorang insan yang sedang berusaha untuk menjadi seorang isteri dan seorang ibu yang terbaik. Meminati bidang pendidikan awal kanak-kanak, walaupun pada mulanya berasal dari bidang kesihatan. Menceburkan diri dalam perniagaan emas Powergold demi membantu orang ramai menyimpan emas dan juga untuk menambah pendapatan keluarga.

Latest posts from

2 Responses

  1. myrujukan
    | Reply

    saya memang peminat tegar soya nih
    myrujukan recently posted..Menjalankan Bisnes Pau Lembut Dan SedapMy Profile

  2. ema
    | Reply

    soya bagus untuk kulit…tp saya tak gemar soya sebab warnanya saja..hehe
    ema recently posted..Meja No 30 Sepetang Bersama BloggerMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge