» » Spectra 3 vs. Spectra Dew, Mana Yang Lebih Bagus?

Spectra 3 vs. Spectra Dew, Mana Yang Lebih Bagus?

Assalamualaikum.
Hari tu saya ada cakap tengah confuse kan sama ada nak beli breastpump atau tak. Dan keputusannya saya nak beli. Dan bila dah decide nak beli, pening kepala pula sama ada nak beli Spectra 3 atau Spectra Dew. Kalau pergi terjah blog-blog mama yang lain, kebanyakkannya pakai Spectra 3. Tapi bila search dengan keyword “pengalaman menggunakan Spectra Dew“, memang tak ada ok? Huhu.
So Ahad lepas saya dan Cik Abang pun bertungkus-lumus la online untuk cari breastpump pilihan dan harga yang paling berpatutan. Google punya Google, then kami decide inilah dia kedai yang tawarkan harga breastpump yang termurah: Enjoybreastfeed. Saya hanya akan review harga untuk Spectra 3 dan Spectra Dew je k.

Di kedai Enjoybreastfeed ni, ada dua jenis harga. Satu harga normal (NP), dan satu lagi harga untuk member (MP). Harga untuk member inilah yang murah kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain. Nak jadi member FREE je, so jadilah jelah member, kan? Tak rugi pun. Huhu.
Ok untuk harga Spectra 3:

 

Spectra 3: NP- RM388, MP- RM326
Spectra 3 + Extra Shield (for double pumping): NP- RM458, MP- RM338
Untuk harga Spectra Dew plak:

 

Spectra Dew: NP- RM438, MP- RM372.30
Spectra Dew + Extra Shield (for double pumping): NP- RM508, MP- RM399
Murah kan? Kan, kan? Hehe. Masa mula-mula tu, kitorang decide nak beli Spectra Dew, sebab bentuk dia yang comel tu, dan suction power pun lebih bagus dari Spectra 3. Tapi masa tu Cik Abang saya adalah try order Spectra Dew dari satu kedai lain (bukan Enjoybreastfeed), dan ini reply dari kedai tu:
Thank you for your order. Unfortunately, I only ship within the Philippines.
You can google sellers where you can get Spectra within Malaysia.
By the way, Spectra 300 and Spectra 9 is already phased out due to defects. Don’t buy this anymore.
Just buy Spectra 3 or Spectra 2.
Thanks!
Mi’Ann Oblea
Bila dapat emel ni, terus cancel nak beli Spectra Dew! Dan Spectra 3 terus menjadi pilihan hati. Lagipun dah ramai pakai Spectra 3 ni. So kalau ada apa-apa masalah, senang nak rujuk. Spare part nya pun mesti lagi senag nak cari, kan?
Hah berbalik kepada Enjoybreastdfeed tu, kedainya di Klang!! Yeehaa, I loike!! Balik Klang nanti bolehlah pergi ke sana untuk tengok-tengok breastpump nya, dan kalau puas hati nak rembat satu. Kalau korang order online pun, postage nya free sebab harga barang lebih dari RM300. Jomla cepat-cepat beli k. Sama-sama kita menyusukan baby kita nanti dengan susu paling hebat di dunia. Hehe.

Leave a Reply

CommentLuv badge