» » Sudah Sampai Seru!

Sudah Sampai Seru!

posted in: Resepi | 34

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. InsyaAllah.

Apa yang dah sampai seru tu? Kalau lelaki, sampai seru tu selalunya dikaitkan dengan kahwin (atau kahwin lagi). Tapi bagi saya ni plak, ni sampai seru untuk betul2 belajar memasak.

Saya akui, yang saya memang tak pandai memasak. Sebabnya dari dulu memang tak masuk dapur, asyik menghadap buku je. Tapi sebab yang paling kukuh sebenarnya adalah MALAS!

Bila dah kahwin, bolehla masak sikit2. Tapi yang simple2 jela. Dan balik2 masakan yang sama. Kesian kat Cik Abang, kan? Kalau dulu kat Malaysia bila teringin je nak makan apa2, boleh je beli kat luar. Atau bila balik Klang, mintaklah kat Bonda atau Kakngah untuk tolong buatkan.

Tapi bila dah duduk kat negara orang ni, manalah boleh dapat lagi keistimewaan yang macam tu kan? Jadi terpaksalah juga masak di dapur, walaupun hasilnya tak seberapa.

Masa mula2 sampai sini dulu, memang dah niat nak belajar masak. Tapi disebabkan masa tu belum ada kereta, susah nak membeli bahan banyak2. Dan susah juga untuk ke macam2 kedai untuk mencari bahannnya.

Sekarang bila dah ada kereta, tak ada alasan lagi untuk saya berikan. Dah tiba masa untuk berubah!!! So sekejap lagi saya nak masak butter prawn. Esok mungkin nak buat keria plak. Kalau jadi, saya kongsikan resepinya di sini ya.

Semoga berjumpa lagi. Selamat berhujung minggu! =)

34 Responses

  1. paihujey
    | Reply

    kalau nak masak perlukan mood..selain mood, persekitaran dapur turut memainkan peranan untuk memasak..persekitaran yang bersih juga dapat menjamin kualiti makanan yang dihasilkan..hehe..macam tu la kalau paih masuk dapur, ikut mood dan dapur kena bersih..
    paihujey recently posted..Apakah Gadget Impian Pilihan AkuMy Profile

  2. CikViva
    | Reply

    Salam..wah,masak memasak..nnnti share resepi kt sini ye..:)
    CikViva recently posted..i’ll Miss HimMy Profile

  3. Kazen
    | Reply

    huhu bkl istri sy mmg pndai msak :p mstercheff tu mmg siaran kgemran lah
    Kazen recently posted..Rambut panjang, pendek mana lebih kacak?My Profile

  4. Izwan
    | Reply

    pandai memasak suami semakin sayang ye tak? ๐Ÿ˜†
    Izwan recently posted..IIUM Library Dilukis Dengan Cahaya Versi NewbieMy Profile

  5. Miss Yati
    | Reply

    Masak ni kena cuba jaya jugak. Percubaan awal tak berjaya tak apa, cuba dan cuba lagi. ๐Ÿ˜‰ Selamat berjaya.
    Miss Yati recently posted..Menjahit kasih sayang: Inner BawalMy Profile

  6. Kak Long Mawar Merah
    | Reply

    Bard,
    Biasanya, kalau dah buat selalu tu, lama-lama memang boleh jadi masterchef!
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Dari Damai Laut ke Pulau PangkorMy Profile

  7. kakyong
    | Reply

    Selalunya bila dah jauh dirantauan..
    yg tak pandai masak akan jadi chef hebat.. ๐Ÿ˜‰
    semoga berjaya..
    kakyong recently posted..Saat yang akan dirindui : Makan ber-empatMy Profile

    • Bardboo
      | Reply

      hehe..memang saya ada dengar orang cakap macam tu sebelum saya datang sini..
      Bardboo recently posted..Sudah Sampai Seru!My Profile

  8. shaharil
    | Reply

    Sedap atau tak belakang kira, janji belajar masak. hehehe…
    shaharil recently posted..Top Commentators Bulan NovemberMy Profile

    • Bardboo
      | Reply

      betul gak tu..kalau tak mula belajar, sampai bila pun takkan pandai kan..
      Bardboo recently posted..Sudah Sampai Seru!My Profile

  9. ohcikgu
    | Reply

    wahh, nak jadi masterchef la pula.
    ohcikgu recently posted..Top 10 Jaringan Gol Terbaik dari pemain MalaysiaMy Profile

  10. Pacifista
    | Reply

    boleh cuba merasa masakan ni.hehe ๐Ÿ˜€
    Pacifista recently posted..Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglahโ€ฆMy Profile

  11. suri
    | Reply

    yg penting mencoba ๐Ÿ™‚ heee slmt hujung mgu yer
    suri recently posted..Rasulullah SenyumMy Profile

  12. suri
    | Reply

    sy klu rasa msakan tu sedp sy akan mtk resepi kt org tu gheee..baru2 pengasuh htr mee kari sedap.tanpa malu saya mitk ar hee.sjak tu klu cuti mesti buat selain dri laksa..nasi ayam huhu…
    suri recently posted..Rasulullah SenyumMy Profile

  13. B3njy
    | Reply

    Kalau diikutkan ‘pandai memasak’ ni tidak boleh dipisahkan dengan kaum hawa. Tetapi kalau tak pandai masak tu subjektif untuk diperkatakan …. mungkin pandai masak tetapi malas juga dijadikan sebab. Tetapi B3njy tidak percaya kalau puan Badariah tidak pandai memasak … ๐Ÿ˜€
    B3njy recently posted..TRAFIK BLOG TAMBAHAN SELEPAS PING BLOGMy Profile

  14. zie fauzi
    | Reply

    selamat memasak yer bard… kalau menjadi share la resipi dlm ni… ๐Ÿ™‚
    zie fauzi recently posted..Gadget Impian | Anda Penentu Impian Ibu AlyaMy Profile

  15. Denaihati
    | Reply

    Askm, kalau org2 tua sebut sampai seru, mengerjakan haji.
    Denaihati recently posted..Gadget Impian Pilihan HatiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge