» » Sumber Kalsium Selain Susu

Sumber Kalsium Selain Susu

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Bila bercakap mengenai sumber kalsium, Mama pasti ramai yang akan terbayangkan SUSU. Ramai yang menyangka bahawa susu adalah sumber utama untuk mendapatkan kalsium. Sehinggakan kalau orang yang tak minum susu langsung, terus kita cakap yang dia tak dapat jumlah kalsium yang diperlukan setiap hari. Salah tanggapan tu sebenarnya.

Kalsium bukan sahaja boleh didapatkan melalui susu. Terdapat banyak lagi sumber kalsium selain susu yang boleh diperolehi dengan mudah. Contohnya adalah tumbuhan hijau seperti brokoli. Sebab itu kita amat digalakkan untuk mengambil sayuran hijau setiap hari. Selain itu, sumber kalsium yang lain adalah oatmeal, kacang badam, ikan salmon, lobak, dan yogurt. Banyak kan pilihan yang kita ada bagi mendapatkan kalsium? Jadi, bagi yang tak minum susu, jangan risau-risau ya.

Sebagai info tambahan, kadar kalsium yang diperlukan oleh badan adalah seperti di bawah:

  1. Umur 19 – 50tahun: 1000mg sehari
  2. Umur 50tahun ke atas: 1200mg sehari
  3. Ibu Hamil dan Ibu Menyusu: 1000mg

Bila darah kita kekurangan kalsium, kalsium dari tulang akan dihakis sedikit demi sedikit. Dan lama-kelamaan akan menyebabkan tulang rapuh. Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kekejangan otot, sukar tidur, sembelit, mudah marah, sakit pinggang dan kaki, masalah sakit sendi, rendah kadar metabolisme, cepat letih, dan rambut gugur. Bagi wanita hamil pula, kekurangan kalsium boleh menyebabkan komplikasi semasa bersalin. Banyak masalah yang akan timbul jika kita kekurangan kalsium. Sebab itulah kita kena pastikan pengambilan sumber kalsium yang mencukupi setiap hari.

Tapi kalau anda memang jenis yang tak boleh minum susu (macam Mama juga, hehe) dan tak suka juga makan benda-benda yang disenaraikan di atas ini, maka anda perlulah mendapatkan kalsium dari sumber yang lain. Anda memerlukan pil kalsium sebagai makanan tambahan (suplemen). Dan pil kalsium terbaik sudah semestinya OsteMatrix! Ianya bukan sahaja dilengkapi dengan kalsium semata-mata, tetapi juga mengandungi magnesium, vitamin D, zink, tembaga, dan manganese.

ostematrix shakleeAkhir kata, sayangilah kesihatan tubuh badan anda! Jom kita bina Keluarga Sihat & Ceria. =)

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

Leave a Reply

CommentLuv badge