Tak Menyesal Daftar Jadi Ahli Shaklee Bila
» » Tak Menyesal Daftar Jadi Ahli Shaklee Bila

Tak Menyesal Daftar Jadi Ahli Shaklee Bila

posted in: Shaklee | 3

Assalamualaikum.

Anda takut menyesal bila dah daftar jadi ahli Shaklee? Meh sini Mama nak cerita, anda pasti tak akan menyesal bila daftar Shaklee dengan kumpulan hebat kami yang berada di bawah naungan Presidential Master Lyna Noh dan Zainul Anuar. Sebab apa tak menyesal? Pertama, kumpulan ini memang dah sediakan bimbingan termantap untuk pengetahuan produk dan juga untuk teknik pemasaran berkesan. Kedua, coaching offline dan online disediakan untuk semua yang berada dalam susur galur mereka. Ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya, Mama akan kongsikan dalam entri yang lain ye.

Untuk kali ini, Mama nak kongsikan dulu tentang seminar Jom Hebat Mega yang telah dijalankan pada 15 Mac 2014 lepas di Institut Sosial Malaysia. Seminar ini khas untuk semua yang berada di dalam kumpulan Shaklee Master Lyna/Zainul. Untuk seminar ini, ada empat sesi utama. Dan setiap sesi tu memang best tau!

1. Sesi Menuju Bintang

Sesi ini disampaikan oleh Puan Nad, yang lebih dikenali sebagai Mak Bintang. Mama memang suka dengan penyampaian Mak Bintang ni, sebab dia cakap berapi-api, bersemangat betullah. Almaklumlah, Mak Bintang ini seorang guru. Dan beliau kongsikan perjalanan beliau dalam Shaklee, dan macam mana Shaklee ini telah merubah hidup beliau. Dan perkara biasa bila Mak Bintang bercakap, mesti ada sesi menangis. Hehe. Mama cakap macam ni sebab masa seminar Jom Hebat KL pun Mak Bintang menangis, dalam webinar kami yang secara tiba-tiba Mak Bintang kena jadi jemputan bidan terjun pun, beliau menangis juga. Pendek kata, perjalanan beliau dalam Shaklee ini pada mulanya agak sukar kerana suami beliau tidak menyokong. Tapi sekarang, beliau dah buktikan yang Shaklee memang dapat merubah hidup beliau sekeluarga.

2. Sesi Perasmian iReach

Sesi ini pula disampaikan oleh Master Zainul. iReach sebenarnya adalah rebranding untuk kumpulan kami yang nama asalnya adalah Lady&Boss. Bagi Mama, iReach bukan sekadar rebranding biasa, tapi merupakan satu anjakan baru dalam kumpulan kami. Di mana web iReach telah dilancarkan, eklusif untuk kami-kami sahaja. Apa yang ada dalam web iReach ini? Terlalu banyak sangat info dan ilmu yang disusun secara efektif untuk memudahkan carian. Semasa Master Zainul menerangkan tentang web iReach dari A-Z, apa yang asyik berlegar dalam fikiran Mama adalah “Mesti tinggi kos nak setup dan run web ni’. Dan terbukti benar tekaan Mama, di mana bila di akhir sesi, Master Zainul kata kos yang dibelanjakan adalah puluhan ribu ringgit!

Ya, anda tak salah baca. Tapi khas untuk semua yang berada dalam kumpulan iReach, anda akan dapat akses ke web iReach ini secara percuma. Memang rugi sangat kalau yang dah ada akses ke web tersebut tapi tak guna kelebihan tersebut. Dan lebih rugi bagi yang belum daftar Shaklee, tapi malu-malu nak daftar masuk ke iReach. Sebab Mama berani nyatakan, yang web mantap ini cuma ada untuk kumpulan kami sahaja buat masa ini.

iReach, sudah semestinya boleh dikatakan sebagai ‘a jaw-dropping invention’

Dan secara rasminya, kami semua mendapat gelaran iR (singkatan iReach). Tiada kaitan dengan gelaran IR untuk jurutera tu ye. Hihi.

3. Sesi Forum Kain Pelikat

Kali ini pula merupakan sesi bersama suami-suami yang menyokong bisnes Shaklee isteri mereka. Dan seorang lagi ahli panel jemputan adalah Master Lyna sendiri. Semasa forum ini, memang bestlah bila dapat dengar perkongsian dari suami-suami hebat ini. Bila ada sokongan suami, selalunya bisnes akan berjalan lebih rancak. Harapnya lepas dengar forum ini, semua suami-suami yang join seminar ini akan lebih serius untuk membantu isteri. Mama nak kongsikan sesuatu..

Selepas program Jomhebat ini, boleh dikatakan tiap-tiap hari Mama kena poskan barang. Tapi bukan Mama yang pergi pos, tapi Cik Abang yang kena buatkan. Bila dah hari-hari kena buat tu, rasa seganlah pula kan nak minta tolong. Jadi Mama pun tanya pada Cik Abang;

Mama: Abang tak kisah ke kena poskan barang Shaklee ini hari-hari?

Cik Abang: Sebab Abang kisahlah Abang poskan. Kalau Abang tak kisah, Abang buat tak tahu je.

Mula-mula dengar tu, Mama terdiam juga. Tapi bila difikirkan balik, betullah apa yang dicakapkan tu. Sebab kisahlah, Cik Abang rela tolong poskan barang tia-tiap hari. Mungkinkah ini penangan mendengar forum kain pelekat? Hihi.

Berkaitan dengan apa yang Master Lyna cakap pula, memang sangat terkesan di hati Mama. Tapi, nantilah Mama kongsikan ye. Kalau nak tulis kat sini, jadi panjang sangat pula nanti.

4. Sesi Motivasi Bersama Amin Idris

Jangan tak percaya, Amin Idris pun ada tau dalam program kami. Siapa Amin Idris? Beliau adalah pengacara TV Al-Hijrah. Takkan tak kenal kot kan? Dan seperti biasalah kalau sesi motivasi ni, memang akan buat kita berkobar-kobar. Lebih-lebih lagi bila yang bercakap tu orang yang terkenal.

Sebagai penutup entri, Mama nak bagitahu kat anda semua, yang bisnes Shaklee dalam group kami ini, memang bisnes keluarga. Percaya tak dalam seminar ini, memang ada ramai sangat anak-anak kecil? Dan mereka ini bebas berlari ke sana-sini, tak ada siapa pun yang marah. Sampaikan Amin Idris kata, dah macam ‘family day’. Ini gambar anak-anak Mama, Ammar dan Aneesa. Dan anda tahu tak yang bisnes Shaklee ini, Mama boleh wariskan pada mereka suatu hari nanti? Tak percaya?

Ok ni Mama nak tambah sikit perisa kekeluargaan tu. Mama pergi seminar ini bersama anak Shaklee Mama, yang merupakan anak buah kandung Mama. Jom terjah blog beliau di: Blog Cantik ManisMama bersama Master Lyna, Zamila (mak Shaklee, dan Wani (adik Shaklee)

Jom Hebat MEGA 15 Mac, 2014 – iReach Highlights from Zainul Anuar on Vimeo.
 

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

3 Responses

  1. Faiz Saaid
    | Reply

    teruskan kecemerlangan anda
    Faiz Saaid recently posted..Betul ke Baring Cepat Gemuk ?My Profile

  2. Izzuddin Fauzi
    | Reply

    Shaklee nie bukan lagi syarikat yang baru-baru menapak tapi dah lama… Dari segi produk, pelan keuntungan semua diorang punya dah mantap… Saya sendir mengenali orang yang dah sangat lama dalam Shaklee – cuba tengok page nie http://www.shaklee.com.my/bm/sharing.asp dan beliau ada di muka pertama 🙂
    Izzuddin Fauzi recently posted..Bersedia Dengan Risiko Kehilangan Data – Storan AwanMy Profile

  3. Denaihati
    | Reply

    semoga terus berjaya dengan bisnis shakklee yang sememangnya dipercayai.
    Denaihati recently posted..Seminar DSR Property StrategyMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge