» » Tak Perlu Takut Dengan Healing Crisis

Tak Perlu Takut Dengan Healing Crisis

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Healing crisis (krisis pemulihan) sering terjadi apabila seseorang memulakan proses pemulihan secara semulajadi. Semasa healing crisis berlaku, seseorang itu akan mendapati bahawa penyakit yang dihadapinya menjadi semakin teruk. Ataupun, anda juga mungkin mendapat tanda-tanda healing crisis yang lain seperti demam, pening kepala, badan terlampau letih, ruam gatal, dan pelbagai lagi.

Apabila kita makan suplemen, badan kita akan bertindak dengan mengeluarkan segala toksin yang dah lama berada di dalam sel. Toksin ini akan berada di dalam badan (salur darah) kita pula. Dan apabila badan tidak dapat membawa toksin-toksin ini keluar dari badan lebih cepat daripada kadar pengeluaran toksin dari sel (detosifikasi), maka kita akan mendapat healing crisis.

Healing crisis adalah bersifat sementara sahaja, iaitu antara 2-3 hari, dan mungkin juga sehingga berminggu-minggu, bergantung kepada badan seseorang. Lebih banyak toksin di dalam badan, maka lebih lama proses ini akan terjadi.

apa itu healing crisis?

Jadi, anda tidak perlu risau jika anada merasai simptom healing crisis. Ini menunjukkan bahawa badan anda sedang bertindak balas dengan baik dengan suplemen yang di ambil, dan badan anda sedang menjalankan proses penyembuhan secara semulajadi.

Untuk mengurangkan masalah healing crisis ini, anda perlulah mengambil jumlah air yang banyak setiap hari. Ini bagi membantu badan mengeluarkan toksin dari badan melalui sistem perkumuhan dengan efisien. Anda juga digalakkan untuk memakan lebih banyak makanan berprotein dan mengurangkan makanan bergula.

Mama harapkan agar perkongsian ringkas ini dapat membantu anda untuk memahami tentang masalah healing crisis. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, bolehlah ajukan kepada Mama. InsyaAllah Mama akan cuba membantu anda.

Leave a Reply

CommentLuv badge