» » Teknik Lipat Baju Supaya Baju Tak Berterabur Apabila Diambil

Teknik Lipat Baju Supaya Baju Tak Berterabur Apabila Diambil

teknik melipat baju

Assalamualaikum.

Saya yakin ramai pernah alami masalah ini. Dah penat-penat lipat baju dan susun elok-elok dalam laci, sekali datang seorang hamba ini main ambil je baju belah bawah tanpa alihkan dulu baju di atas. Jadinya, semua baju jadi berterabur! Tapi dibiarkan aja macam tu tanpa rasa bersalah. Bila kita tengok tu mesti rasa nak bertukar jadi “mak kau hijau’, kan?

Bagi yang ada masalah ini, saya cadangkan agar ikut teknik lipatan Konmarie ini (klik sini untuk baca cara kemas rumah dengan teknik Konmarie). Bagi saya cara lipatan ini memang membuatkan pakaian yang disimpan dalam laci nampak kemas dan tersusun.

Konsepnya mudah je. Kita lipat pakaian tu jadi bentuk segi empat yang paling kecil, dan pastikan setiap pakaian yang dilipat itu boleh berdiri sendiri. Maksudnya pakaian itu tak perlu bersandar pada ‘kawan sebelahnya’. Jadi bila ada pakaian yang diambil, yang lain akan kekal apda kedudukan masing-masing.

cara lipat baju

cara lipat seluar

Gambar di atas ini adalah cara melipat baju dan seluar menggunakan teknik Konmarie. Saya cuma buat macam ini untuk seluar sahaja. Sebab di rumah ini semua baju memang bergantung je, macam yang ceritakan dalam entri tips mudah urus baju.

Tapi bila nak pergi mana-mana, saya akan lipat macam ini sebelum diletakkan ke dalam beg baju. Memang menjimatkan ruang dan mudah nak ambil baju. Cubalah dulu, mesti jatuh hati!

 

2 Responses

  1. Riza Afzan Asri
    | Reply

    sangat menarik teknik ni..thanx sbb share ye
    Riza Afzan Asri recently posted..5 Cara Memulakan Penyusuan Pertama Bayi Agar Tak KekokMy Profile

  2. akubiomed
    | Reply

    Memang sudah menjadi perkara biasa. Kalau lepas lipat baju berterabur balik. 🙂
    akubiomed recently posted..Kehadiran puteri penyeri sambutan Hari Raya AidilfitriMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge