» » Testimoni Set Kurus Shaklee | Pengalaman Sendiri

Testimoni Set Kurus Shaklee | Pengalaman Sendiri

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekarangni Mama dah dapat semula berat ideal Mama setelah menggunakan produk Shaklee. Sebenarnya, memang sebab nak kurus inilah Mama terjebak dengan Shaklee. Dan disebabkan Mama masih lagi menyusukan Aneesa, jadi Mama pun mengambil set kurus Shaklee untuk ibu menyusu seperti yang Mama dah kongsikan sebelum ini.

Ok, sekarangni Mama nak ceritakan perihal naik turun berat badan Mama ni. Tak lama selepas melahirkan Ammar (anak pertama), Mama dah dapat balik berat badan sebelum mengandung. Masa tu memang tak ada risau langsung pasal berat badan ni. Yang kat bawah ni gambar masa Ammar dah 10 bulan.

testimoni set kurus shaklee 1

 

Bila Ammar dah setahun, Mama mengandungkan anak kedua pula. Biasalah bila dah mengandung ni, memang berat badan asyik naik je sampailah ke saat nak bersalin. Masa ini memang boleh rasa betapa payahnya bila berbadan besar. Pergerakan terbatas, bila jalan pun termengah-mengah tak cukup nafas. Hah yang kat bawah ini pula gambar saat-saat akhir kehamilan. Bulat kan? Hehe.

testimoni set kurus shaklee 2

 

Selepas dah bersalinkan Aneesa, Mama ingat dah kurus balik sama macam lepas bersalinkan Ammar. Tapi rupanya tak! Masa dah hari ke-30 berpantang, Mama ikut hantar Bonda ke airport sebab Bonda nak balik Malaysia dah. Masa tu Mama cuba nak pakai seluar jeans sebelum mengandung, tapi tak muat! Rasa macam tak boleh nak terima hakikat je time tu. Terpaksalah pakai seluar jeans Bonda. Hihi.

testimoni set kurus shaklee 3

 

testimoni set kurus shaklee 4

Tapi pujuklah hati sendiri masa tu. Ye la, baru je 30 hari kan. Jadi Mama pun buat-buat tak kisahlah pasal berat dan bentuk badan. Dengan harapan, ianya kembali normal seperti sebelum ini. Sehinggalah dah masuk 3 bulan, tapi masih tak ada perubahan! Hah masa ni memang dah risaulah, tu yang terus je mencari produk untuk kuruskan badan.

Dan Alhamdulillah Mama terbuka hati untuk mencuba set kurus Shaklee yang sesuai untuk ibu menyusu. Selepas menggunakan set kurus ini, barulah Mama dapat pakai semula seluar jeans lama, Bukan setakat pakai je tau, siap longgar lagi! Tapi dari segi berat tak banyak turun sangat. Inilah yang dinamakan ‘inch loss’. Hanya ukuran je yang makin kecil, tapi tak banyak perubahan pada berat badan.

testimoni set kurus shaklee 5

 

Sehinggalah bila Aneesa dah setahun lebih, baru Mama berani untuk mencuba Herb-Lax Shaklee pula. Dan bila dah tambah Herb-Lax ini, berat Mama memang banyak turun. Sehinggakan dah boleh capai berat masa anak dara dulu! Alhamdulillah, bersyukur sangat. Best bila badan ringan ni, sebab kita mudah nak bergerak. Badan jadi lagi sihat, dan kita pun akan jadi lebih aktif.

Jadi pesanan Mama kepada yang ada masalah berat badan tu, jomlah cuba set kurus Shaklee. InsyaAllah ianya dapat membantu anda. =)

 

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

Leave a Reply

CommentLuv badge