» » Tiga Tahun Dari Sekarang

Tiga Tahun Dari Sekarang

Assalamualaikum.

Setiap kali ingin memulakan entri baru, saya pasti akan tercari-cari ayat pertama yang ingin dipersembahkan. Tetapi apabila sudah mendapat rentaknya, jari tangan ini akan terus pantas menaip tanpa henti sampai terkeluarlah segala yang terbuku di hati. Begitu jugalah dengan entri penyertaan kedua untuk contest Eizil ini. Sudah beberapa hari saya merangkakan di dalam fikiran apa yang ingin di perkatakan, dan baru malam inilah ianya dapat diluahkan.

Untuk tugasan yang kedua ini, Bro Eizil meminta para peserta untuk bercerita mengenai perancangan dan impian mereka dalam arena blogging. Bak kata penganjur contest – “Sekiranya orang lain tidak mentertawakan impian anda, impian anda tidak cukup besar.” Jadi saya menyahut cabaran ini untuk menulis perancangan saya buat tiga tahun yang akan datang. (Tugasan pertama: Kenapa Saya Buat Blog?)

1. PENJENAMAAN BLOG

Impian saya adalah untuk menjadikan Blog Bardboo ini dikenali ramai. Sebut sahaja nama Bardboo, orang sudah tahu siapa pemiliknya dan apa yang dikongsikan di blognya. Dan untuk mencapai penjenamaan blog yang bagus, saya merancang untuk menggunakan identiti “Puan Bardboo” (supaya tidak ada lagi yang keliru dengan jantina Bardboo) dari sekarang sampai bila-bila. Saya juga merancang untuk menggunakan header blog, watermark untuk gambar, dan gravatar yang sama untuk sepanjang penglibatan saya dalam dunia blog ini.

2. RAKAN NETWORK

Selain dari penjenamaan blog, saya juga ingin mempunyai ‘Rakan Network‘ yang tersendiri. Maksudnya di sini, saya ingin mengumpul seberapa ramai rakan blogger yang sentiasa ada dalam jatuh dan bangunnya blog ini. Untuk mencapai impian ini, saya perlulah menjadi seorang ‘Rakan Blogger” yang bagus terlebih dahulu, dengan memberi support yang tidak putus-putus kepada rakan blogger yang lain. Saya juga merancang untuk mencapai jumlah LIKE bagi fanpage ‘Blog Bardboo | Kisah wanita & Keluarga‘ sekurang-kurangnya 3ooo, bilangan follower di Twitter @Bard87 sekurang-kurangya 1000.

3. PRESTASI BLOG DI ALEXA DAN GOOGLE PAGE RANK

Buat setakat hari ini (8 Oktober 2012), Blog Bardboo hanya mampu berada di kedudukan 637,123 Alexa dan Google Page Rank berstatus dua. Saya merancang dalam masa tiga tahun ini untuk mencapai Alexa ranking di bawah 300,000 dan Google Page Rank berstatus 3, seperti yang pernah dicapai oleh saya sebelum ini (Boleh baca mengenai naik turun pagerank Blog Bardboo di SINI)

4. PENDAPATAN DARI BLOG

Apabila sudah hari-hari menghabiskan masa menghadap blog, saya ingin juga merasa mendapat duit darinya walaupun ini bukanlah tujuan utama saya berblogging. Jika sebelum ini saya sudah merasa duit dari Nuffnang, kini saya ingin memberi fokus kepada Google Adsense dan program affiliate (masih lagi mencari program affiliate yang berkenan di hati untuk dipromosikan). Selain itu, saya juga berkeinginan untuk diberikan peluang membuat ‘Advertorial” dan menjadikan blog ini sebagai medium pengiklanan bagi para peniaga dengan kadar bayaran yang tertentu. Untuk mencapai impian ini, saya perlu menaikkan jumlah trafik yang datang ke blog ini setiap hari.

5. SEO

Untuk menambah bilangan trafik, saya perlu menguasai ilmu SEO ini sedalam mungkin. Sebenarnya sudah lama saya berniat untuk belajar dengan betul mengenai SEO ini, tetapi masa menjadi batasannya. InsyaAllah selepas ini, saya akan lebih bersungguh-sungguh untuk mendalami dan menguasai ilmu SEO. Saya juga tak akan keberatan untuk mengeluarkan sedikit duit untuk membeli ebook mengenai SEO yang berada di pasaran. Tidak salah rasanya untuk saya melabur sedikit duit untuk mencapai apa yang dihajatkan.

6. AKTIVITI2 MENARIK UNTUK PEMBACA BLOG

Saya juga sudah merancang beberapa aktiviti menarik yang bakal di adakan bagi menceriakan lagi Blog Bardboo ini. Antara dua aktiviti yang sudah difikirkan adalah segmen:

(A) Beza Antara Kita – Dalam segmen ini, saya akan menulis mengenai perbezaan yang saya nampak antara Malaysia dan Perancis. Sudah alang-alang tinggal di sini, saya ingin kongsikan apa yang saya nampak dengan pembaca semua. Dan di akhir segmen ini nanti, saya akan adakan kuiz yang berkaitan dengan perbezaan ini. Kuiz akan dijalankan di Facebook Fanpage (salah satu cara untuk mempromosikan fanpage, cepat-cepat LIKE, hehe) dan hadiahnya sudah tentulah barangan yang dibeli di sini. Menarik tak?

(B) Cooking Challenge – Segmen ini saya adakan untuk mencabar diri sendiri (yang tak berapa mahir memasak) dan rakan-rakan blogger yang lain untuk menyediakan satu menu masakan yang istimewa (maksudnya bukan menu lauk yang biasa dimasak hari-hari). Menu ini dimasak pada hari Sabtu atau Ahad, dan para blogger yang menyertai kena meletakkan resepi yang lengkap beserta dengan gambar masakan (kalau ada yang nak buat video masakan lebih bagus) di blog masing-masing selewat-lewatnya pada hari Selasa, dan saya akan kumpulkan semua link resepi untuk minggu tersebut di dalam satu entri.

Saya rasa setakat ini sahajalah perancangan yang dapat saya kongsikan dengan semua. Jika ada yang terlintas lagi di fikiran selepas ini, saya akan tambahkan di entri ini sebagai peringatan buat diri sendiri. Semoga apa yang direncanakan ini akan menjadi kenyataan, kerana kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.

33 Responses

  1. […] Kali ini saya nak cuba join segmen terbaru di blognya, iaitu “Segmen Eyriqazz: Ada Apa Dengan Nama Blog?” Saya nak tahu pandangan Eyriqazz mengenai nama blog ini, samaada sesuai atau tak, unik atau tak, dan bagus ke untuk penjenamaan blog seperti yang saya ceritakan dalam entri yang ini: Tiga Tahun Dari Sekarang […]

  2. Amirez
    | Reply

    bonne chance puan bardboo 🙂
    Amirez recently posted..Bagaimana Amirez Mendapat Nama?My Profile

  3. eszairy
    | Reply

    semoga berjaya.ada masa 3 tahun.

  4. amlanblogger
    | Reply

    Semoga puan berjaya mencapai apa yang dirancang.
    amlanblogger recently posted..Jom Join BlogwalkingMy Profile

  5. Ummi Hanie
    | Reply

    Nice, Bard. Eh Puan Bardboo 🙂

    Saya pun nak start penjenamaan blog scr lebih efektif tp belum war2 lagi header banner/watermark baru tu 😉

    All the best yer…
    Ummi Hanie recently posted..Kini games bukan sahaja SELAMAT, malah MENDIDIK, dan MERANSANG MINDA!My Profile

    • Puan Bardboo
      | Reply

      hehe, bard pun takpe…nmapak lagi mesra. =)

      kena buat cepat2 tu..pastu guna yang sama je, jangan tukar2..nanti senang orang nak recognize..
      Puan Bardboo recently posted..Tiga Tahun Dari SekarangMy Profile

  6. donnyien
    | Reply

    apapun saya ucapkan selamat berjaya dalam blogging & Eizil Contest nanti..

  7. donnyien
    | Reply

    seronok baca impian orang lain.. boleh naikkan kembali semangat untuk berblogging:)

  8. Jebeng Otai™
    | Reply

    gud luck..mummy ammar ni bleh nya..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Efek Tumit TinggiMy Profile

  9. Juan
    | Reply

    terima kasih kerana berkongsikan pengalaman berblogging ini
    Juan recently posted..Aku Terima Nikahnya Video Filem Movie Malaysia TerbaikMy Profile

  10. wazy
    | Reply

    Seronok pula baca entri ni,begitu lengkap sekali strategi dan perancangan yang disusun,semoga ianya tercapai,good luck
    wazy recently posted..Perancangan Untuk 3 Tahun Akan DatangMy Profile

  11. tehr
    | Reply

    aku suka dengan nama blog ni
    ‘bardboo’
    memang ada harapan jadi jenama terkenal
    tehr recently posted..Jadual PMR 2012My Profile

  12. Naziman
    | Reply

    Terus terang saya katakan, saya betul-betul suka perancangan blog ni. Tak tahu la sebab penyampaian blog dengan gambar sekali semua atau sebab perancangan yang menarik. Keliru. Tapi saya rasa sebab perancangan. Saya pun nak buat satu penjenamaan la juga. hehe. Bab aktiviti tu, sebenarnya saya pun banyak terfikir aktiviti blog saya. Tapi tak tahu la dapat buat atau tak.

    Bab SEO tu, saya sarankan beberapa benda. Jangan beli apa-apa dulu, cuba cari di mana-mana blog. Baca dulu semua, aplikasikan. Semua tip, cara di ajar, ada yang lama ada yang baru. Ada yang tak relevan ada yang relevan sampai bila-bila. Jadi saranan saya, baca dulu di mana-mana blog. Lepas tu cari ebuku percuma. Kemudian baru cari tip yang terbaru lepas panda dan penguin update. Then baru boleh beli ebuku SEO. Tapi sebaiknya cari ebuku yang latest. Bukan apa, kadang-kadang buku SEO ni ada bagi tips biasa ja, ada yang tak relevan sudah.
    Naziman recently posted..Drama Adam dan Hawa popularMy Profile

    • Puan Bardboo
      | Reply

      tak sangka ada jugak yang suka dengan perancangan yang simple2 je ni..hehe..

      penjenamaan tu penting..senang orang nak kenal..jangan tukar2 identiti..nanti orang pening..hehe..

      erm, naziman boleh cadangkan tak mana2 blog or website yang baik untuk belajar SEO ni? yang senang nak faham…
      Puan Bardboo recently posted..Tiga Tahun Dari SekarangMy Profile

      • Naziman
        | Reply

        Kalau cakap blog belajar SEO ni, susah juga saya nak bagi contoh sebab mana saya jumpa, itu saya baca. hahaha. Paling mudah, cuba google SEO blog. Top 10 tu memang blog terbaik. Tapi saya selalu baca blog seomoz dengan yoast ja. Paling best saya rasa seomoz sebab kalau dia terang satu-satu. Mudah faham. Kalau kurang faham baca post dorang, cuba baca komen pula. Dalam komen pun ada tip dan pembetulan. Memang aktif komuniti seomoz, tu la saya selalu baca bab SEO kat sana ja. Ada Q&A juga.

        Tak pun google SEO forum, tak faham terus tanya. Biasanya dalam forum SEO saya jadi silent reader ja. Nak tanya tak tahu nak tanya apa. hahaha

        seomoz tu banyak tool best terutama crawl dia, ada trial 30 hari. Saya dah guna trial tu dulu. Tip saya, optimize blog dulu, pastu pastikan ada 30 hari komited untuk seo, baru guna trial tool tu. Nanti menyesal macam saya 30 hari jadi sia-sia. huhu
        Naziman recently posted..Top blog gadget Malaysia dan luar negaraMy Profile

        • Puan Bardboo
          | Reply

          saya sejak dulu memang ada gak baca-baca pasal SEO ni…tapi baca sekali lalu macam tu je la..tak fahamkan betul2, so tak dapatlah nak praktikkan di blog…rugi pula rasanya…sebab bergiat dalam blog dah lama…tapi hasilnya tak nampak apa2 pun lagi..hehe…

          kalau saya masuk forum pun memang selalunya diam je…segan nak menyampuk…kutip ilmu diam2..hehe…

          thanks ye untuk tips tu..nak betul2 komited 30hari untuk SEO macam susah je..biasalah orang ada anak kecil..nak bukak laptop kena tunggu dia tidur dulu..
          Puan Bardboo recently posted..Tiga Tahun Dari SekarangMy Profile

  13. Akmaomar
    | Reply

    Best je baca…semua org mahukan yg terbaik utk capai sesuatu kan sis, merancang adalah cara terbaik utk kita aturkan apa yg ingin kita capai dan cita2kan. Saya doakan semoga impian sis tercapai 🙂
    Akmaomar recently posted..Abuse Against Women In MalaysiaMy Profile

    • Puan Bardboo
      | Reply

      ni first time betul2 duduk merancang untuk blog..bagus jugak join contest eizil ni..boleh nampak arah tuju selepas ni..kalau tak, asyik bloging ikut suka hati sendiri je..hehe
      Puan Bardboo recently posted..Tiga Tahun Dari SekarangMy Profile

  14. akubiomed
    | Reply

    Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Semoga apa yang dicitakan menjadi kenyataan.
    akubiomed recently posted..Red Wok Restaurant destinasi makan makan di BangiMy Profile

  15. ajumohit
    | Reply

    menarik perancangannya nak2 iklan advertorial tu kan bardboo 🙂
    ajumohit recently posted..7 Tips Kesihatan Untuk Wanita 30anMy Profile

  16. anif
    | Reply

    😀 Perancangan yang menarik tu. harap dapat dilaksanakan sepenuhnya. Amin.
    anif recently posted..F1 – Sebastian Vettel Menang Di SuzukaMy Profile

  17. sweetkurma
    | Reply

    memang elok kalau ada perancangn yang rapi tak kisah dalam apa juga bidang yang kita ceburi
    sweetkurma recently posted..ujian memantapkan hatiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge