» » Tips Ajar Anak Menggunting Dengan Mudah

Tips Ajar Anak Menggunting Dengan Mudah

Assalamualaikum.

Kemahiran menggunting sangat penting bagi anak-anak kecil. Melalui aktiviti menggunting, anak-anak akan dapat menguatkan otot jari mereka. Kekuatan otot ini penting sebagai persediaan awal untuk menulis.

Namun ramai ibubapa yang memandang remeh untk mengajar anak menggunting. Majoriti beranggapan yang anak akan pandai menggunting dengan sendirinya apabila mula bersekolah.

Tapi yang sebenarnya, aktiviti menggunting merupakan satu skill besar yang perlu anak kuasai. Mereka perlukan tunjuk ajar dan latihan berkali-kali untuk menjadi seorang ‘tukang gunting’ yang hebat.

tips ajar anak menggunting dengan betul

Mama pun sebenarnya baru sedar tentang kepentingan menggunting. Dan Mama sendiri nampak yang Ammar ada masalah menggunting. Jadi, Mama dah mencari idea bagaimana untuk memudahkan proses ini. Sekarang Mama nak kongsikan pula dengan pembaca semua, supaya boleh digunakan dengan anak masing-masing.

Tips Ajar Anak Menggunting Dengan Betul

1. Ibubapa perlu sediakan gunting yang saiznya sesuai untuk tangan kecil si anak. Jika anak kidal, belikan gunting khas untuk orang kidal.

2. Biasakan anak untuk pegang gunting dengan betul dahulu. Anda boleh tambah ‘mata palsu’ ini di bahagian atas gunting dan sentiasa ingatkan anak yang dia perlu sentiasa nampak mata ini. Ataupun boleh juga lukis gambar ‘smiley’ di ibu jari anak. Kalau tak buat macam ni, anak-anak akan cenderung untuk meletakkan ibu jari ke bawah.

gunting kanak-kanak

Gunting ni Mama beli kedai DIY (harga RM1.80). Bagus gunting ni sebab ada ‘spring’ warna oren tu. Bagi anak yang baru belajar gunting, spring tu akan memudahkan mereka sebab bilah gunting akan terbuka sendiri selepas ditekan. Spring tu boleh dicabut tau. Yang ‘mata palsu’ tu pun beli di kedai DIY (satu paket RM1.90).

3. Bila anak sudah boleh memegang gunting dengan betul, barulah anda minta anak untuk membuka dan menutup bilah gunting. Praktis ‘gunting angin’ dahulu. Bagi anak yang baru mula memegang gunting, pasti mereka akan menggunakan dua tangan untuk aktiviti ini. Di sinilah perlunya latihan berkali-kali.

4. Kemudian, barulah kita boleh ajar anak menggunting benda yang nyata. Mulakan aktiviti menggunting pada objek yang tidak mudah melentur atau bengkok. Contohnya, boleh ajar anak gunting playdough dahulu. Ataupun minta anak untuk potong kertas yang agak keras, seperti kertas katalog. Jangan mulakan latihan menggunting pada kertas biasa, kerana kertas ini susah untuk dikawal. Anak-anak akan mudah rasa stress bila tak dapat mengawal gunting dan kertas pada masa serentak.

5. Ajar anak untuk menggunting secara pendek dahulu. Maksudnya, dengan hanya sekali tekan, objek yang digunting akan putus. Contohnya, minta anak untuk potong ‘straw’ kepada bahagian-bahagian kecil. Selepas gunting straw, bolehlah masukkan straw-straw kecil tadi ke dalam tali untuk dijadikan gelang/rantai.

gunting straw

6. Bila anak sudah mahir, baru ajar anak untuk buat potongan yang lebih panjang. Ajar juga anak untuk berhenti menggunting pada tempat tertentu. Caranya, anda lipat kertas kepada dua bahagian dan minta anak untuk gunting sehingga tempat lipatan sahaja.

7. Dan akhir sekali, barulah ajar anak untuk menggunting mengikut bentuk.

gunting bentuk

Semuanya perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat. Kita kena sabar sikitlah dalam proses nak mengajar anak-anak syurga ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

InsyaAllah Mama akan kongsikan banyak lagi tips-tips menarik berkaitan pendidikan awal kanak-kanak ini. Anda boleh subscribe untuk dapatkan update dari Mama secara terus ke emel anda. Terima kasih.

Ibu-Ibu Ini Tahu Apa Perlu Buat Bila Anak Kurus Kering dan Sering Sakit di Taska:

5 Responses

  1. ayuney
    | Reply

    Terima kasih atas perkongsian..
    Tips ni blh apply sedari usia berapa ye?

  2. ohcikgu
    | Reply

    Damain gunting2 tu..jangan lupa kutip sampahnya ye..
    ohcikgu recently posted..Buat Duit Di iLancee.comMy Profile

  3. Hanis Amanina
    | Reply

    Tak ingat pun bila first time pegang gunting, parents pun tak pernah cerita. 🙂 hehe, comel jeee buat rantai straw tuu
    Hanis Amanina recently posted..The Power of Malaysian PassportsMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge