» » Tips Ajar Anak Mudah Membaca Untuk Ibubapa Super Sibuk

Tips Ajar Anak Mudah Membaca Untuk Ibubapa Super Sibuk

tips ajar anak membaca (1)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang menghadiri Seminar Literasi Bacalah Anakku & Read Easy. Seminar ini bertujuan untuk mengajar ibubapa cara yang betul mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonik gabung-bunyi. Dan seminar tersebut disampaikan sendiri oleh pengasas dan penulis buku Bacalah Anakku ini iaitu Puan Nik Eliani Nik Nawi.

Seminar ini memang sangat best, sebabnya Puan Nik memang pandai untuk menyampaikan ilmu tanpa membuat hadirin merasa bosan. Kalau tengok pada Puan Nik ni, mesti tak percaya umur dia dah 50 tahun lebih tau. Nampak muda sangat!

Alhamdulillah, memang banyak sangat input yang saya dapat dari seminar ini. Jadi saya nak kongsikan serba-sedikit dengan semua ya tips untuk ajar anak mudah membaca.

TIPS 1: Jangan ajar anak kenal huruf ABC

Haa apa? Biar betul ni? Nak anak pandai membaca tapi jangan kenalkan dengan ABC? Ya, jangan ajar anak untuk nyanyi lagu ABC, ataupun hafal dari A-Z. Kalau dah terbuat, cakap kat anak buat masa ini kita campak dulu ABC ini ke luar tingkap ye. Nanti bila anak dah pandai membaca, barulah kita kutip balik ABC tu dan kenalkan pada anak.

seminar bacalah anakku

TIPS 2: Ajar anak untuk kenal BUNYI HURUF

Inilah yang sebenarnya yang paling penting untuk anak-anak tahu. Anak kena kenal bunyi untuk huruf, bukan nama huruf tersebut. Pening ehh? OK saya ringkaskan macam ni. Ada satu haiwan ni namanya LEMBU, bunyinya MOO. Ada satu haiwan lagi ni namanya KAMBING, bunyinya EMBEKKK. Jadi untuk huruf A, bunyinya aa. Untuk huruf U, bunyinya uu. Boleh dapat tak?

 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAJAR ANAK KENAL BUNYI HURUF:

1. Beritahu anak, "Ok hari ni Mama nak ajar satu bunyi, tengok ye mulut Mama ni" Buat dulu 
bentuk mulut dan baru keluarkan bunyi. Macam untuk huruf A, kita buka mulut besar-besar, dan 
barulah keluarkan bunyi aaa.
2. Ulang balik beberapa kali dan suruh anak ikut.
3. Lepas itu buat juga dengan teknik asosiasi untuk membantu anak-anak untuk lebih ingat. Untuk A, teknik asosiasinya adalah macam orang terkena api dan jerit 'aaaaa'! Jadi bila anak-anak terlupa, bolehlah kita buat-buat macam orang terkena api ni dan mesti anak akan tahu dia kena sebut aaa
bacalah anakku
4. Bila anak dah tahu buat bunyi, barulah kita tunjuk kad huruf A dan cakap pada anak "tadi kan Mama ajar bunyi aa, haa inilah dia bunyi aa tu"
5. Banyakkan aktiviti hands-on untuk menambahkan lagi memori anak-anak untuk setiap bunyi 
yang sudah dikenalkan. Dan secara tak langsung mengajar anak cara menulis huruf yang betul. 
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah:

(a) gunakan plastisin untuk buat bentuk huruf
(b) tulis bentuk huruf dengan menggunakan crayon
(c) tulis bentuk huruf dengan menggunakan warna air dan jari
(d) tulis di atas pasir

 

TIPS 3: Ajar Anak Untuk Menggabungkan Bunyi (Blending)

Bila anak-anak dah kenal bunyi huruf, barulah kita ajar cara untuk gabung bunyi. Boleh cakap macam ni “Ok hari ni mmm nak kawan dengan aa. Tengok ni ye Mama buat (mula-mula jarakkan kad M dan A, kemudian dekatkan sikit demi sikit). Mm…aa..mm..aa.. Ok sekarang mm dah kawan dengan aa, bunyinya MA. Ulang balik beberapa kali dan kemudian bolehlah buat dengan gabungan bunyi-bunyi yang lain pula.

bacalah anakku 3

Untuk ibubapa yang super sibuk, mesti rasa macam tak sempat je nak buat semua ni kan? Sebenarnya, hanya perlukan beberapa minit je setiap hari. Terutamanya untuk kenalkan bunyi huruf tu. Misal kata hari ni nak kenalkan bunyi untuk A, pagi buat sekali, petang sekali, dan sebelum tidur lagi sekali. Setiap sesi dalam 2-3minit je. Anak-anak pun bukannya boleh fokus lama-lama sangat pun. Cuma untuk aktiviti hands-on tu, mungkin lama sikitlah. Bagi ibubapa ysng bekerja, bolehlah buat aktiviti hands-on ini pada hujung minggu.

Secara ringksnya inilah tiga tips mudah yang saya boleh kongsikan dengan semua. Ini hanya sebagai pengenalan sahaja kepada yang masih tak tahu apa itu teknik fonik. Tetapi saya cadangkan untuk ibubapa pergi ke seminar tersebut dan dengar sendiri penerangan dari Puan Nik. Lagipun Puan Nik akan ajar cara untuk sebut setiap bunyi huruf dengan betul. Saya nak ajar kat sini memang susah, sebab tak dapat nak tunjukkan bunyi tu. Ataupun boleh juga rujuk apda video-video yang ada di Youtube. Boleh follow FB Nik Eliani Nik Nawi untuk tahu seminar seterusnya. InsyaAllah selepas ini saya akan pergi untuk kursus intensif pula. Jom pergi sama-sama nak tak? =)

p/s: Untuk dapatkan banyak lagi idea mengajar anak di rumah, bolehlah sertai group Homeschooling Malaysia ini ye. =)

22 Responses

  1. Azwan
    | Reply

    Mula-mula anak saya balik dari Taska dan bercerita bagaimana dia mula belajar membaca saya agak tercengang. Kenapa pula cingunya mengajar macam orang gagap, fikir saya. Kemudian barulah saya tahu, kaedah tersebut dinamakan phonic. Ada pula segmenting dan blending. DUlu zaman kita kecil, hafallah ABC sampai lebam dan terketar-ketar, darjah dua atau tiga masih gagap membaca. Kaedah sekarang walaupun kelakar di telinga rupanya jauh lebih berkesan. Yang paling penting, anak seronok belajar, bukan takut tak hafal.
    Azwan recently posted..Sijil Simpanan Premium BSN (SSP BSN) RM 1 juta setiap bulan.My Profile

  2. shumi
    | Reply

    ada lg tak seminar ni?ank dh 6 thn tp xpndi baca =(

    • Siti Badariah Baharin
      | Reply

      seminar ni memang selalu diadakan. tuan boleh tengok di wall fb puan nik eliani..

  3. Fadzi Razak
    | Reply

    Sepatutnya bila baru boleh mula start ajar anak kenal suku kata dan huruf? Anak saya baru 2 bulan lebih.
    Fadzi Razak recently posted..Keputusan Malaysia vs Timor Leste Kelayakan Piala Dunia 2018My Profile

  4. ummul azkee
    | Reply

    terima kasih ats perkongsian..anak saya tahun ni 6tahun..tpi masih xkenal huruf.risau juga.tpi di sekolah mmg dia ada belajar bunyi mcm yang puan blajar di seminar tu..saya pun confuse cm ner nk ajar anak cmner…..salam perkenalan dari saya

    sud-sudi lawat blog saya..housewifearts.blogspot.com
    ummul azkee recently posted..Happy Women’s Day 2015 let’s Make it Happen!My Profile

  5. Sujaihah
    | Reply

    anak anak memang mudah menyerap apa saja yang kita ajarkan. Lagi muda usia anak lagi senang dia nak hadam. Tapi mak ayah kena sama sama “turun padang”
    Sujaihah recently posted..7 Kaedah Merancang Keluarga Untuk Ibu MenyusuMy Profile

  6. kimmie
    | Reply

    sekarang ada macam-macam seminar untuk mengajar dan memberi ilmu.
    p/s: dah lama betul tak melawat blog ni…sungguh berlainan sekarang 🙂
    kimmie recently posted..PassionMy Profile

  7. hasrul hassan
    | Reply

    Wah. Ada seminar rupanya. Saya pernah beli produk Bacalah Anakku untuk anak pertama saya, alhamdulillah, dia kini merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah.

    Saya dulu siap promote buku ini … banyak juga yang beli buku Bacalah Anakku ni secara online.
    hasrul hassan recently posted..Cara Menjadikan Facebook Sebagai Lubuk DuitMy Profile

  8. puteraduyong
    | Reply

    wah… memang patut dimulakan sejak dari awal umur kanak-kanak tersebut, teknik yang sangat baik
    puteraduyong recently posted..Kenali Datuk Dr Haron Din Mursyidul Am PAS BaharuMy Profile

  9. islam di dadaku
    | Reply

    kita harus ambil perhatian utama buat mendidik anak sebab ia tanggung jawab kita dan akan dimintai pertangggung jawaban di hari kemudian
    islam di dadaku recently posted..Rumahmu Adalah SurgamuMy Profile

  10. ikhwan
    | Reply

    sibuk macam mana pun memang tak boleh tinggal tanggung jawab pada anak.
    ikhwan recently posted..Selepas Keguguran Aku Yang KerisauanMy Profile

  11. ctfand
    | Reply

    Menarik dan unique jugak kaedah yg ditunjukkan..lain dari yg biasa kita jumpa..
    Terima kasih berkongsi..
    ctfand recently posted..Lembaran Baru ctfand.com Di Tahun 2015My Profile

  12. titan
    | Reply

    hehe..

    bagus la kalau dapat ajar diorang dari awal.

    Itu lebih bagus sebenarnya.
    titan recently posted..Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

  13. Maria Firdz
    | Reply

    Menarik… boleh cuba aplikasi nih… terima kasih kongsikan..
    Maria Firdz recently posted..Renungan: Takut Kepada Neraka!My Profile

  14. amirul
    | Reply

    Tips simple tapi InsyaAllah berkesan..
    Thanks sharing.. 🙂

  15. Helmi Aliarit
    | Reply

    Terima kasih Puan. Nampak mudah, namun perlu konsisten. 😉
    Helmi Aliarit recently posted..MyUSSD *158# Sebuah Projek MyGov Mobile. Di Bawah MAMPU.My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge