» » Tips Buat Blogger Baru – Part 01

Tips Buat Blogger Baru – Part 01

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, saya nak share tips-tips yang khas buat blogger baru. Ini memang khas buat blogger baru tau! Yang baru je buat blog, dan tak tahu nak buat apa dengan blog diorang tu. Huhu. Daripada korang terus-terusan pening kepala, meh baca tips-tips ini.

 

Untuk Part 01 ni, jom kita tengok widget yang PATUT ada pada tiap-tiap blog dan reasonnya.

(1) Bloglist
Bloglist ini merupakan senarai blog-blog lain yang kita letak di blog kita. Tak kisahlah samaada ini senarai blog yang kita follow, atau senarai blog yang follow kita, senarai blog yang popular, atau apa saja. Bila kita letak bloglist ini, kita akan mudah untuk ke blog-blog tersebut. Ianya juga sebagai satu bentuk penghargaan kepada tuan blog tersebut. Tuan blog itu mungkin akan membalas dengan meletakkan link korang di blog mereka pula. So ini dah kira macam promosi free la, kan? Suka tak? Nak join bloglist dalam Blog Bardboo tak? Klik SINI.
(2) Category/ Label
Ini pun penting sangat-sangat. Kebanyakkan blog baru tak letak benda ini. Mungkin diorang tak tahu kepentingannya kot. Ok bayangkan korang pergi ke satu blog ini, dan tertarik dengan entrinya mengenai kehamilan. Korang pun nak bacalah entri-entri lain berkaitan kehamilan kat blog tu. Tapi widget category/label ini tak ada. Kan susah jadinya untuk korang nak selongkar blog tersebut? Kalau widget ini ada (cuba tengok di bahagian bawah sekali Blog Bardboo ni), korang cuma perlu klik pada label “kehamilan ” dan semua entri yang berkaitan akan dipaparkan. Mudah, kan? Jadi, silalah letakkan widget ini untuk memudahkan pembaca blog korang k.
~Rehatkan mata sebentar dengan melihat keindahan alam~
(3) Blog Archieve
Ini pun lebih kurang macam widget category/label gak. Cumanya ini merupakan koleksi entri2 yang pernah korang tulis. Contohlah seorang blogger ini nak tahu apa yang korang dah publish sepanjang bulan Mac 2010. Dia cuma perlu pergi ke blog archieve dan klik pada Mac 2010. Semua entri yang korang tulis pada bulan tersebut akan dipaparkan. Benda ini juga akan memudahkan korang untuk selongkar balik entri2 lama yang pernah korang publish dalam blog. Masa mula-mula berblog, benda ini mungkin nampak tak penting. Tapi bila entri dah beribu-ribu, korang akan tahulah kepentingannya. Hehe. =P
(4) Follower
Widget yang ini takdelah nak dikatakan wajib pun. Tapi buat blogger baru, lebih baik untuk korang letak widget ini. Supaya bila orang masuk blog korang dan dia rasa blog korang best, dia akan follow. Tapi jangan paksa-paksa orang follow tau. Tak ada istilah “I follow u, u follow i“.
(5) Shoutbox
Shoutbox yang selalu mendatangkan kontroversi!! Kontroversi apa tu? Ala, yang pasal auto blogwalking tu. Dan ada gak kes tipu link ChurpChurp kat shoutbox, dan macam-macam lagilah! Shoutbox memang kontroversi. Hehe. Tapi penting gak untuk diletakkan di blog. Sebabnya, kalau orang tak boleh nak komen kat entry yang korang tulis, diorang boleh tinggalkan jejak di shoutbox tu. Takpun kalau diorang ada apa-apa nak tanya korang, diorang boleh tanya je kat shoutbox tu.
Ok, cukuplah buat setakat ni. Kita jumpa lagi Isnin minggu depan, untuk Part 02 plak. ^_^
Segmen Tips Buat Blogger Baru:
Part 01

One Response

  1. Hafizul
    | Reply

    wahh menarik ni..pondok kecil semua dah ada kecuali follower dan shulbox..mcm mn nak buat follower?
    Hafizul recently posted..Demam Contest Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge