» » Tips Buat Blogger Baru -Part 02

Tips Buat Blogger Baru -Part 02

Assalamualaikum.
Selamat memulakan minggu baru!! Kalau minggu lepas untuk segmen “Tips Buat Blogger Baru” ni saya dah sentuh mengenai widget-widget yang perlu ada dalam setiap blog, tapi kali ini plak saya nak sentuh mengenai perkara-perkara yang TIDAK PERLU ADA.

 

Agak-agak korang lah kan, apa benda yang tak perlu ada dalam setiap blog? Hah, mungkin ada yang dah tahu. Tapi mungkin juga ada yang tak tahu. Terutama buat blogger baru, sebab tak habis nak selongkar dan blogwalking lagi ke blog-blog lain yang dah sentuh pasal hal ni, kan?

Ok, jom terus ke topik utamanya. Antara perkara-perkara yang tak perlu ada dalam blog adalah:


1) Lagu Autoplay:
Nak dimudahkan cerita, lagu autoplay ni bolehlah dikatakan sebagai “A BIG NO-NO!“. Sebab utama, ianya mengganggu ketenteraman pengunjung blog korang. Manalah tahu kan dia tengah layan lagu nasyid kat laptop or PC diorang, dan bila bukak je blog korang terus terkeluar lagu heavy metal. Tak ke boleh mati orang tu kalau dia ada sakit jantung? Hehe. Dan sebab lain plak, tak semua orang suka lagu yang kita suka. Tapi kalau korang memang nak share lagu yang korang suka, bolehlah letak lagu tu. Cuma jangan letak lagu tu sebagai “AUTOPLAY“. Biarkan pengunjung sendiri pilih samaada mahu denagr atau tidak, ok?

 

2) Koleksi Gambar TERLALU Banyak:
Masalah ini selalunya ada dalam blog perempuan, betul tak? Saya pun perempuan gak. So saya paham keinginan perempuan untuk letak gambar mereka banyak-banyak di blog. Kalau yang tengah berkapel, nak letak gambar dengan pakwe. Kalau yang dah kahwin, letak gambar dengan suami. Kalau yang dah ada anak pulak, penuh sidebar blog tu dengan gambar anak. Tak salah pun nak letak gambar ni. Cumanya bila terlalu banyak, blog akan jadi lambat loading. Nanti pengunjung pun malas nak tunggu blog habis loading, dia terus keluar. Yang paling parah, diorang tak mahu lagi datang ke blog korang!! Huhu.

 

Tapi kat sini saya nak bagi solution kalau nak juga letak gambar banyak-banyak. Pastikan saiz gambar tu tak besar (silalah compress atau resize gambar-gambar tersebut, k?), dan letak gambar-gambar tu sebagai “scrolling image“. Ini ada tutorial bagi yang tak tahu macam mana nak buat: Cara Buat Image Bergerak.
Bagi saya, ini antara dua benda penting yang tak perlu ada dalam blog. Bagi blogger lain, semua widget yang remeh-temeh diorang tak boleh nak terima. Hehe. Tapi bagi pendapat saya, letaklah kalau nak letak. Cuma pastikan JANGAN TERLAMPAU BANYAK, dan pastikan blog korang CEPAT LOADING. Ini plak tutorial untuk check berat blog korang ye: Cara Ukur Berat Blog.
Rasanya cukuplah buat setakat ni. Kita jumpa lagi minggu depan ye. Kalau ada yang terlepas baca Part 01, boleh klik link di bawah ni.
Segmen Tips Buat Blogger Baru:
Part 02

 

Leave a Reply

CommentLuv badge