» » Tips Buat Blogger Baru – Part 03

Tips Buat Blogger Baru – Part 03

Assalamualaikum.
Agak-agaknya, bila saya buat segmen “Tips Buat Blogger Baru” ni, ada tak yang nak mengutuk kata “Eleh, blog dia pun entah apa-apa je, sibuk-sibuk plak nak bagi tips kat orang lain”. Mesti ada, kan? Hehe.
Tapi tak apalah. Itu hak orang. Hak untuk bersuara. Yang pasti, saya hanya nak berkongsi. Saya dapat tips-tips ni pun sebab rajin blogwalking ke blog lain. Dan saya fikir betul atau tidak tips-tips yang blogger lain tu bagi. Kalau betul, saya praktikkan.
Ok now lets continue with the tips. Kali ini khas untuk entri/post ye. Ataupun lagi senang adalah mengenai “Kekemasan Entri“.

Tulis entri ni samalah juga macam menulis karangan. Ada beberapa guideline yang korang perlu ikut. Jangan hentam kromo je. Penat cikgu-cikgu korang ajar dulu, kan? Huhu.
Mula-mula sekali, pastikan entri korang ada perenggan. Jangan sumbat semuanya dalam satu perenggan, especially kalau entri korang tu melebihi 1000 patah perkataan.
Dan pastikan juga korang guna “JUSTIFY” untuk keseluruhan entri, jangan guna “CENTER”- sebab susah nak baca nanti. Kalau dalam karangan, permulaan perenggan kena ke dalam sikit kan? Tapi untuk entri blog tak payahlah buat. Pun sebab susah nak baca nanti. So, guna full justify je, ok?
Yang ini plak paling penting. Pastikan korang gunakan perkataan penuh, bukannya shortform. Terutamanya short form yang hanya korang je paham. So nampak gayanya entri tu pun hanya korang je paham. Hehe. Dan please ye, jangan guna perkataan “EEEUUUUUUWWWWW” [Sila search video IniAnwarHadi di Youtube]. Tak comellah. Kalau dengan pakwe makwe korang, itu ikut sukahati koranglah.
Yang terakhir, pastikan korang guna size dan font tulisan yang sesuai dan senang untuk dibaca. Dan jangan buat tulisan yang sekejap kecik, sekejap besar. Dahlah tu, banyak kaler plak tu. Nanti orang yang baca terus dapat migrain. Hehe.
Ok itu je. Kepala tengah pening, saya nak tidur. Daa..

One Response

  1. kimmie
    | Reply

    terima kasih berkongsi tips. Ada masa cuba komen apa lagi yg boleh ditingkatkan di blog saya 🙂
    kimmie recently posted..satu kisah untuk dikongsi bersamaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge