» » Tips Untuk Membina Keyakinan Diri

Tips Untuk Membina Keyakinan Diri

Assalamualaikum.

Keyakinan diri merupakan satu aspek yang perlu ada dalam setiap orang yang ingin berjaya. Tanpa keyakinan diri yang tinggi, kita sukar untuk menonjolkan kelebihan ataupun kepakaran yang kita ada, kerana takut diri kita akan ditertawakan. Masalah kurang keyakinan diri ini juga menyebabkan sesearang itu sukar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial dan berkomuniti. Lama-kelamaan, sifat kurang kayakinan diri akan memakan diri.

Di bawah ini, Mama senaraikan tips-tipa yang boleh kita praktikkan untuk membina keyakinan diri. Jom sama-sama kita menuju kejayaan, ok? =)

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

One Response

  1. Rahsia Kulit Cantik
    | Reply

    […] kulit cantik yang diidamkan. Bukan sahaja setakat cantik, tetapi ianya sudah semestinya akan meningkatkan tahap keyakinan diri kita untuk berdepan dengan orang […]

Leave a Reply

CommentLuv badge