» » Tips Mendapatkan Jantung Yang Sihat

Tips Mendapatkan Jantung Yang Sihat

Assalamualaikum.

Jantung merupakan organ terpenting dalam badan manusia. Jantung befungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan. Jantung yang sihat mampu mengepam 10000 liter darah sehari. Dan bagi setiap minit, jantung akan berdegup antara 60-80 kali. Jadi, tugas yang perlu dijalankan oleh jantung ini memang sangat besar.

jantung yang sihat

Kesihatan jantung banyak terganggu disebabkan oleh kombinasi tabiat pemakanan yang tidak seimbang, kurang aktiviti fizikal dan juga tabiat merokok. Antara tanda-tanda serangan jantung adalah:

  • sesak nafas
  • sakit dada
  • berpeluh dingin
  • pening kepala dan loya

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya serangan jantung adalah:

  • diabetes
  • tekanan darah tinggi
  • perokok
  • obesiti
  • kurang bersenam atau tidak aktif
  • pemakanan yang tidak sihat
  • tekanan perasaan yang tidak terkawal (stress)
  • kolesterol tinggi dalam darah

Beberapa tips mudah di bawah ini boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan jantung:

  • berhenti merokok
  • mengamalkan pemakanan seimbang
  • kurangkan makanan tinggi kolestrerol dan minyak
  • tambahkan serat dalam makanan seperti bijirin, sayuran, dan buah-buahan
  • kekalkan berat badan ideal

 

One Response

  1. Rokiah Abdul Hamid
    | Reply

    terima kasih atas tips ini… penting sangat untuk menjaga kesihatan jantung
    Rokiah Abdul Hamid recently posted..Mealshake Shaklee Terbaik Untuk AnakMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge