» » Tips Menggunakan Planner Untuk Urus Hidup

Tips Menggunakan Planner Untuk Urus Hidup

tips menggunakan planner (1)

Assalamualaikum.

Pernah tak rasa macam ada banyak sangat benda nak buat sampaikan tak tahu nak buat apa dulu? Pernah tak kita terlupa benda-benda yang penting disebabkan kepala terlalu berserabut? Ini semua disebabkan kita tak keluarkan semua benda ini dari kepala dengan mencatatkan pada kertas ataupun aplikasi nota di smartphone.

Sebab itulah penggunaan planner penting untuk kita urus hidup. Tak kisahlah sama ada kita ni surirumah ke, bekerja ke, ataupun pelajar ke. Dengan adanya planner, kita dapat mencatat segala idea yang datang dan kemudian merancang bila idea-idea tersebut patut dilaksanakan.

Jadi, apa yang perlu ada dalam sebuah planner? Bagi Mama sendiri, ini adalah benda-benda yang ada:

1. To-do List

Dalam to-do list ini Mama catatkan segala benda yang Mama rasa perlu lakukan. Bila terfikir je, terus catatkan di sini supaya tak terlupa. Dalam blog it post schedule pula, Mama catatkan idea-idea untuk update blog. Sebab selalunya idea ni datang secara spontan. Dan kalau tak dicatat, memang tak ingat langsung bila dah duduk depan laptop. Memang dah selalu sangat jadi macam ni. Jadi, dengan adanya list ni, dah tak adalah alasan tak idea nak update blog lagi.

to-do list

2. Weekly Planner

Mama lebih suka menggunakan weekly planner daripada daily planner. Dan Mama gunakan weekly planner seperti di bawah ini. Untuk setiap hari, ada column untuk housechores, homeschooling, business, dan random. Dalam setiap kategori ini, Mama akan masukkan samaada satu atau dua aktiviti sahaja. Jadi untuk satu hari, paling banyak pun akan ada 8 aktiviti yang perlu diselesaikan.

weekly planner

Untuk masukkan aktiviti-aktiviti ini, Mama akan refer balik pada senarai to-do list yang dah di isi sebelumnya. Jadi, Mama dapat masukkan perkara-perkara yang nak dibuat tu secara seimbang. Tak adalah semua benda pun nak dibuat dalam satu hari. Lepas tu ada balance antara urusan rumahtangga dan bisnes.

Dan dalam weekly planner ini ada juga ruangan untuk meal plan. jadi Mama rasa weekly planner ini memang yang terbaik untuk digunakan.

3. Meal Plan dan Grocery List

Mama memang dah merancang untuk sediakan meal plan untuk seminggu dan siapkan terus grocery list untuk minggu tersebut. Dalam perancangan Mama, nak siapkan 10 set. Jadi untuk setiap minggu, cuma perlu pilih je nak gunakan set yang mana dan boleh terus beli barang yang diperlukan sebab grocery list nya pun dah ada. Dan boleh terus tulis senarai menu ini dalam weekly planner di atas ni tadi. Tapi masalahnya, buat masa ini cuma satu set je yang dah siap. Hihi.

meal planner

 

Secara ringkasnya, inilah tiga perkara yang ada dalam planner Mama. Sebenarnya ada lagi benda-benda lain, tapi Mama cuma tunjukkan tiga aspek yang paling penting dulu ni je ye. Semoga dengan perkongsian ini, akan ada lebih ramai lagi yang akan menggunakan planner.

 

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

 

 

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

13 Responses

  1. titan
    | Reply

    jarang guna planner.

    semua tulis kat sticky note aje. tampal kat dinding.

    hehe
    titan recently posted..The closer you think you are, the less you’ll actually SEE.My Profile

  2. Zurainny Ismail
    | Reply

    Selalu dapat buku planner free tp x betul2 guna 😀 Planner 2016 pun dah dpt – baru isi cuti2 malaysia & harijadi family members.

  3. Nurul
    | Reply

    Memang kena ada planner, senang nak schedule bila nak basuh cadar, langsir , etc sebab benda-benda macam ni bukannya tiap-tiap hari kena basuh. Lagi satu untuk schedule vaksin anak..ish macam- macam boleh buat dengan planner ni
    Nurul recently posted..Kebaikan ESP yang perlu anda tahuMy Profile

  4. Uncle Zuan
    | Reply

    bagus ni. ramai yang tak ada planner macam ni. akibatnya.. haaa sediri tau la kan hehe
    Uncle Zuan recently posted..Film Ant-Man (2015) Penutup Fasa ke 2 MCUMy Profile

  5. […] ini, Mama ada kongsikan tips gunakan planner untuk urus hidup. Tapi nampak gayanya Mama tak boleh nak teruskan guna sistem tersebut […]

  6. suri
    | Reply

    ada dulu tapi tak gunakan pada tempat betul sebab ia tak penting sebab banyak catat perkara lain huaa…malasnya saya..
    suri recently posted..CPUV Campaigns Nuffnang 36/2015_TGIF – Meal For TwoMy Profile

  7. Ummi Hanie
    | Reply

    setuju sgt, mamabard…

    tahun ni memang azam nak guna planner…
    Ummi Hanie recently posted..Ikhtiar perbanyakkan susu badan dengan suplemen EphyraMy Profile

  8. ayuzan
    | Reply

    Salam kenal mama
    Tu la yg tjadi. Xtulis apa nk update blog. Sudahnya lupaa.

  9. ummul azkee
    | Reply

    planner ade..tpi tak ter pla..kosong jer.selalu tulis idea for work je..hehehe…pernah juga buat what do list

  10. titan
    | Reply

    memang dah biasa buat planner 3 bulan terus.

    hoho..
    titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 208-221My Profile

  11. AZENI AHMAD
    | Reply

    Sama la dengan saya.
    Biasanya ada buku nota besar sikit dari buku 555 tue.
    Awal pagi buat senarai list to do untuk satu hari.
    Senang nanti takut terlupa kan
    AZENI AHMAD recently posted..Pengedar Shaklee di PerlisMy Profile

  12. AZENI AHMAD
    | Reply

    Sama la dengan saya.
    Biasanya ada buku nota besar sikit dari buku 555 tue.
    Awal pagi buat senarai list to do untuk satu hari.
    Senang nanti takut terlupa kan.
    AZENI AHMAD recently posted..Pengedar Shaklee di PerlisMy Profile

  13. Alin Marlini
    | Reply

    kadang2 berplanner2…kadang2 langsung lupa…heheheh…tp setuju sangat bab ide blogging ni…..kedakadang atas moto balik keje…mencurah2 idea…what to do…dah atas moto…balik umah langsung lupa…kekekekekek

    Anyway, Tahniah. Anda menjadi pembaca bertuah blog http://www.alinmarlini.com. Sila tinggalkan atau email alamat anda di are_lyn79@yahoo.com
    Alin Marlini recently posted..Pembaca bertuah AlinMarlini.comMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge