» » Tips Menyediakan Ruang Bekerja Yang Praktikal Untuk WAHM

Tips Menyediakan Ruang Bekerja Yang Praktikal Untuk WAHM

tips WAHM

Assalamualaikum.

Sekarangni sudah semakin ramai wanita yang mengambil keputusan untuk berkerja dari rumah, ataupun lebih dikenali sebagai golongan WAHM (work at home mom). Susah sebenarnya nak bekerja dari rumah ini sebabnya kita kena pandai bahagikan masa antara urusan rumahtangga dan urusan kerja. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil yang perlu dijaga, memang boleh jadi huru-hara!

Tapi susah bukanlah bermaksud mustahil, kan? Mesti ada tips dan trik yang boleh kita praktikkan supaya boleh menjadi seorang WAHM yang power. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah ruangan bekerja. Selalunya dipanggil sebagai SOHO (small office home office).

Tak kiralah sekecil mana pun rumah kita, cuba cari satu ruang yang dikhaskan untuk kita bekerja. Letakkan semua barang keperluan bekerja di situ supaya lebih mudah untuk kita fokus. Macam Mama sendiri, Mama buat sudut SOHO sendiri di dalam bilik tidur.

Ruang SOHO Mama ni sangat-sangat simple je sebenarnya. Cuma ada sebuah meja dan sebuah kerusi tanpa jenama (kalau dah kaya nanti bolehlah beli barangan ofis IKEA, hehe). Dan di atas meja tu Mama letak whiteboard untuk tampal benda-benda yang Mama rasa penting. Kebanyakkannya adalah kata-kata motivasi untuk diri sendiri. =)

Dan Mama juga sediakan satu kotak sebagai tempat untuk menyorokkan barang-barang ini:

tips WAHM 1 (1)

 

Iaitu buku-buku yang berkaitan dengan kerja Mama dan juga alat-alat tulis. Benda-benda ni memang kena disorokkan, kalau tak mesti sekejap je dah hilang semua pen dan buku pun semua habis diconteng oleh Ammar dan Aneesa. Jadi untuk mak-mak yang ada masalah macam ni, silalah sediakan kotak untuk menyorokkan barang-barang berharga dari anak-anak kita tu ye. =)

Benda lain yang perlu ada lagi di SOHO bagi seorang WAHM adalah planner. Di bawah ini planner Mama, cantik kan warna oren? Apa yang ada dalam planner ni? Nanti Mama akan kongsikan dalam entri seterusnya.

tips WAHM 3 (1)

Jadi, bagi yang ingin menjadi seorang WAHM yang berjaya, langkah pertama yang perlu dibuat sekarang adalah mencari satu ruang di rumah yang boleh dijadikan sebagai SOHO. Kemudian sediakan keperluan-keperluan asas untuk menjadikan ruang tersebut selesa untuk bekerja. Kumpul semua barang-barang keperluan bekerja di ruangan tersebut dan hiaslah sikit mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat bekerja dari rumah ye! =)

 

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

 

 

Salam sayang dari Mamabard,

Portfolio MamaBard

12 Responses

  1. The Reluctant Shopper
    | Reply

    Meja & kerusi saya dah tersedia dlm bilik tapi dah x ruang utk menulis sbb penuh dgn brg2 kraf yg x siap2! 😀 Kalau letak dlm kotak masing2, alamat gerenti jadi projek terbengkalai…

  2. Maria Ismail
    | Reply

    Buat masa sekarang SOHO saya bawah tangga je. Umah sewa 2 tingkat…hee, nnt dah kaya & rumah dah siap boleh la buat SOHO lawa-lawa ikut tips mamabard 🙂
    Tq, nice sharing…

  3. Ummi Hanie
    | Reply

    love it mamabard…

    biar simple asalkan praktikal
    Ummi Hanie recently posted..Ikhtiar perbanyakkan susu badan dengan suplemen EphyraMy Profile

  4. ctfand
    | Reply

    Menarik..! Selamat bekerja dari rumah, mamabard…jiayou..! 🙂
    ctfand recently posted..Resepi Mudah: Fritters KentangMy Profile

  5. Sobri Mansor
    | Reply

    Saya soho ikut dan je sekarang. Hehehe. Tapi menang kena plan buat ruangan soho sendiri
    Sobri Mansor recently posted..Daftar Gravatar untuk tampak lebih handsome dan seksiMy Profile

  6. Hero Borneo
    | Reply

    memang beruntung dapat kerja dari rumah..saya pun nak suatu hari nanti..
    Hero Borneo recently posted..Blog Senjata Promosi Seorang BloggerMy Profile

  7. Maria Firdz
    | Reply

    Simple tapi cukup lengkap untuk jadikannya sbg pejabat kecil di rumah…..
    Maria Firdz recently posted..Suami Kepada Seorang Blogger!My Profile

  8. akubiomed
    | Reply

    Wah beruntung ada ruang SOHO. Saya belum ada lagi selain mengunakan meja kopi sahaja. 🙂
    akubiomed recently posted..Sayang ketat ketat Serverfreak hosting MalaysiaMy Profile

  9. ohcikgu
    | Reply

    siap ada whiteboard puteh lagi tuh..
    ohcikgu recently posted..88 Senarai Kit Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge