» » Tips Minum Air Cukup Setiap Hari

Tips Minum Air Cukup Setiap Hari

Assalamualaikum.

Rasanya semua orang tahu yang air sangat penting untuk badan kita dan kita perlu minum air yang cukup setiap hari untuk elakkan dari terdehidrasi. Tapi tak ramai yang mampu untuk minum air yang mencukupi setiap hari.

Emak kepada Mama pun ada masalah ini. Dia sangat susah nak minum air banyak-banyak setiap hari. Dan sehinggalah baru-baru ini dia ada masalah kesihatan yang agak teruk. Setelah dinasihatkan untuk minum air banyak tiap-tiap hari, barulah kesihatannya bertambah baik.

tips minum air cukup (1)

Berapa Liter Air Kena Minum?

Kalau tengok dalam iklan, selalunya dicadangkan untuk minum 8 gelas air sehari. Tapi sebenarnya, jumlah air yang perlu diminum bergantung pada berat badan seseorang. Perkiraan mudahnya adalah 1L air untuk setiap 25kg berat badan.

Misal kata berat si A adalah 50kg, maka dia perlu minum 2L air sehari. Dan si B pula mempunyai berat badan 75kg, maka dia perlu minum 3L air sehari.

 

Tips Pastikan Minum Air Cukup

Bila kita dah tahu berapa banyak air yang perlu diminum setiap hari, barulah kita boleh cari botol air yang sesuai.

Bahagikan jumlah air yang perlu diminum kepada beberapa julat masa. Tandakan julat tersebut pada botol. Dan selepas itu pastikan anda minum air sehingga ke tahap yang dah ditetapkan tadi.

Untuk lebih faham, boleh rujuk gambar di bawah ini.

tips minum air cukup

Semoga tips mudah ini dapat bantu kita semua untuk minum air mencukupi setiap hari. InsyaAllah.

 

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

4 Responses

  1. Abdul Rois
    | Reply

    Selama ini saya kekurangan air putih..
    Abdul Rois recently posted..Indramayu Segera Jadi Pelabuhan InternasionalMy Profile

  2. Nurul
    | Reply

    Great idea! Letakkan masa as reminder. Kalau terlupa, sila la gogok dua kali ganda..hahaha
    Nurul recently posted..Rahsia ESP jadi Bestseller ProductMy Profile

  3. zaleha
    | Reply

    great idea!
    bolehlah buat cara ini pula. TQ for the tips.
    zaleha recently posted..Bazar Ramadhan Yang Pertama & Yang Terakhir Buat Suami Sepanjang 1436HMy Profile

  4. Nora Karim
    | Reply

    Eh menarik pula idea tandakan tumbler tu… so kita boleh agak berapa byk perlu kita minum…
    Nora Karim recently posted..Kad Raya Ala TradisiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge