» » Tips Mudah Urus Baju Untuk Ibu-Ibu Sibuk

Tips Mudah Urus Baju Untuk Ibu-Ibu Sibuk

tips mudah urus baju untuk ibu-ibu sibik

Assalamualaikum.

Ramai yang tak suka buat urusan berkaitan baju ni kan? Tak kiralah sama ada basuh baju ke, lipat baju ke, ataupun gosok baju ke, semuanya dah jadi igauaan ngeri. Terutamanya bagi orang perempuan la, sebab kebanyakan tugas-tugas ni kita yang kena buat. Tapi bab beli baju lajulah plak kan? Hihi.

Saya sendiri pun tak suka nak buat benda-benda ni selalu. Tapi sejak saya amalkan tips-tips kat bawah ini, memang rasa mudah sangat. Tak adalah rasa stress nak menghadap kerja yang sama hari-hari. Dan dengan cara ini, sya ada lebih banyak masa untuk buat aktiviti bersama dengan anak-anak dan untuk buat aktiviti kesukaan, iaitu membaca.

OK, jadi apa tipsnya tu?

Tips Mudah Urus Baju

1. Tetapkan hari basuh baju (aka Laundry Day)

Kenapa perlu tetapkan hari? Supaya tak perlulah hari-hari kena menghadap baju sampaikan bila tengok baju tu rasa nak termuntah. Macam saya sendiri, mula-mula dulu rancang nak basuh dua kali seminggu je (punyalah pemalas kan?!). Tapi tak boleh, sebab mesin basuh rumah ini muatannya kecil je.

Lepastu bila ada anak kecil, pakaian yang dibasuh agak banyak. Jadi sekarang ni saya basuh tiga kali seminggu, iaitu pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat. Hujung minggu memang dikosongkan dari sebarang aktiviti sebab selalunya kami memang tak ada di rumah.

2. Pastikan baju bukan dalam keadaan terbalik masa dimasukkan ke dalam bakul

Maksudnya, sebelum masukkan baju dalam bakul baju kotor, betulkan dulu baju tu supaya macam kondisi baju baru nak dipakai. Kan selalunya bila kita buka baju, baju tu akan dalam keadaan terbalik dan kita terus je masukkan dalam bakul.

Kalau tak buat step ni, nanti bila nak sidai, nak kena betulkan satu-satu dulu. Bila dah nak kena betulkan setiap satu dalam masa yang sama, mulalah rasa penat. Tapi kalau buat tiap-tiap kali kita salin pakaian, memang tak terasa sangat.

3. Teknik sidai pakaian yang betul

Ini yang paling penting. Pastikan kita sidai semua pakaian menggunakan hanger. Dan untuk pakaian yang jenis sepasang, kita sidai sekaligus pada hanger yang sama; iaitu seluar di dalam, baju di luar. Takut tak kering? Setakatni yang saya buat Alhamdulillah kering je bajunya dan tak ada masalah bau hapak.

Dan pastikan susun baju-baju tu mengikut cara susunan dalam almari. Sebagai contoh untuk baju anak-anak saya, yang di bahagian depan untuk baju harian, di belakang untuk baju tidur.

Sambil sidai baju sambil susun. Memang sangat senang tau! Kalau dibandingkan bila baju dah kering baru kita nak susun satu-satu dalam almari ikut kategori. Kalau tak percaya, cuba buat dulu.

4. Terus gantung baju yang dah kering dalam almari

Bila baju dah kering, terus angkat dan gantung dalam almari. Ataupun kalau tak ada almari baju, gantung je di tempat sidai pakaian macam gambar ni. Saya pun gunakan tempat sidai baju ni untuk pakaian anak-anak.

mulig ikea

 

Ok kan tadi kita dah susun baju ikut kategori, jadi bila sampai step ke-4 ni, kita cuma perlu ambil baju dari ampaian dan simpan. Dalam dua minit je pun dah boleh siap!

Oh terlupa pula. Untuk pakaian yang tak sesuai untuk digantung seperti pakaian dalam, kain pelekat/batik, tuala mandi; haa yang ni kenalah lipat ye. Tapi sekurang-kurangnya jika sebelum ini kena lipat satu bakul penuh, tapi sekarang separuh bakul pun belum tentu lagi.

Jadi dah tak adalah rasa malas nak lipat baju. Selalunya kan bila tak sempat lipat, nanti akan bertambah lagi dengan baju yang baru dibasuh. Daripada satu bakul, jadi dua bakul, dan seterusnya. Bila baju terperuk je dalam bakul, nanti susah nak gosok sebab dah berkedut teruk. (Klik sini untuk tips lipat baju supaya tak berterabur apabila diambil)

InsyaAllah dengan cara ini, kita akan kurang habiskan masa dengan urusan baju, padahal urusan tu kita tak suka buat pun. Lebih baiklah kita habiskan masa dengan benda-benda lain, kan? Cumanya untuk ikut cara ni, kena sediakan banyak hanger. Saya beli di kedai RM2 je dulu. Tapi sekarang dah RM2.12 sen, GST punya pasal.

Lagi satu, sila guna hanger yang sama warna dan jenis ye. Barulah nampak teratur dan tak sakit mata memandang.

Ok setakat ni je dulu untuk tips urus baju. Nanti saya kongsikan tips-tips lain yang berguna untuk mak-mak macam kita ni.

MahligaiCinta.Com, untuk mak-mak supercool. Kalau suka, sila share. Kalau rasa bermanfaat, sila praktikkan. =)

 

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

 

4 Responses

  1. Nurul
    | Reply

    Wah! Nice tips..kena sediakan banyak hanger dan buat color coding. Kena ada kerjasama dari suami sebab beliau yang selalu sidai baju..hehehe
    Nurul recently posted..Kebaikan ESP yang perlu anda tahuMy Profile

  2. myliferia
    | Reply

    Baguslah sharing mama ni.

    Sedikit tambahan, kalau tak nak baju cepat luntur, masa jemur memang perlu diterbalikkan. Kalau tak, cahaya matahari memang buat warna baju cepat kusam.

    Tapi masa basuh, better dalam keadaan yang betul sebab nak jaga ketahanan benang jahitan baju.

    Terlebih kerja sikit.

    Cuma bab pakai hanger tu memang terbaik. Lepas ni nak kene tambah almari dan hanger anak-anak jerlah.
    myliferia recently posted..9 Tips Atasi Masalah Kencing Kotor Ibu hamil Agar Tidak Terus MerebakMy Profile

  3. azlina hamdan
    | Reply

    wah..
    Good tips mama..
    Saya d rumah memang basuh baju hari-hari sebab anak2 suka tukar2 baju..
    Dah tiba masanya ajar anak urus baju sendiri.
    Sorang sebakul..
    Hehehe…
    azlina hamdan recently posted..RESEPI KEK CHEESE CONFIRM JADI TERUTAMA UNTUK BEGINNERS MACAM SAYA!!My Profile

  4. Ummi Hanie
    | Reply

    bagsu tips mama ni…

    kami mesin muatan besar gedebuk tp still selang sehari membasuh… huwaa…

    skrg dah tekadkan hati bagi anak2 yg dah besar sikit urus baju masing2… so sy asing2kan baju mereka… tinggal baju anak2 kategori kecik2 dan kami laki bini. ada masanya buat style angkut dr ampaian terus ke wardrobe.. mmg best.
    Ummi Hanie recently posted..Mangga Runtuh bukan durian runtuhMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge