» » Tips Paling Penting Dan Mudah Untuk Buat Blog

Tips Paling Penting Dan Mudah Untuk Buat Blog

tips mudah buatt blog

Assalamualaikum.

Blog bukan sahaja tempat untuk kita berkongsi cerita dan pengalaman. Tetapi juga boleh dijadikan sebagai medium untuk menjana pendapatan sampingan.

Oleh sebab itu semakin ramai orang yang berminat untuk buat blog. Tetapi kebanyakannya hanya sekadar menanam impian, tapi tak bertindak. Apa sebabnya?

Pertama, sebab tak tahu nak mula dari mana.

Kedua, terlalu banyak fikir sampaikan tak bergerak-gerak.

Ketiga, terlalu banyak menuntut ilmu blogging sampaikan tak tahu nak guna yang mana dahulu.

Dan akhirnya, impian hanya tinggal impian.

Buat blog mudah sahaja sebenarnya

Cara yang paling mudah adalah dengan mendaftar akaun blogspot. Ini merupakan akaun percuma yang disediakan oleh Google.

Bagi yang baru hendak berblog, eloklah dimulakan dari platform blogspot dahulu. Cuba dulu platform percuma sebelum berpindah ke blog WordPress.org (self-hosting).

Tips mudah buat blog

Tips paling mudah yang semua orang boleh buat; Mulakan terus blog anda tanpa fikir terlalu mendalam mengenai kaedah blogging ini.

Sebabnya bila anda mula rasa yang blogging ini kompleks, makin lama minat berblog akan berkubur.

Tetapi yang sebaiknya, mulakan sahaja dulu. Dan teruskan menulis secara konsisten setiap hari. Skill menulis akan datang dengan praktis yang berterusan.

Kemudian, barulah ditambah dengan ilmu blogging dari semasa ke semasa.

Mudah sahaja kan? Selagi anda tak mula, selagi itu memang anda tak akan ada blog.

Rugi ke rugi? =)

 

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

 

6 Responses

  1. yups, sangat mudah untuk membuat blog

  2. Parameter
    | Reply

    blo itu hanya perlu konsisten… Saya juga sempat vakum dan akhirnya kehilangan pengunjung..
    Parameter recently posted..Trio Air Terjun Yang Layak Dikunjungi Saat di BaliMy Profile

  3. Zie Fauzi
    | Reply

    Asyik nanti, nanti, dan nanti bila nak siap blognya kan.. tp bila dah ada blog kena la konsisten menulis…
    Zie Fauzi recently posted..Minggu Akhir Trimester PertamaMy Profile

  4. Helmi Aliarit
    | Reply

    Saya juga bermula dengan blogspot lapan tahun lalu. 🙂
    Helmi Aliarit recently posted..Untung Ke Bisnes Putu Piring?My Profile

  5. Ikhwan Fahmi
    | Reply

    tak susah untuk berblogging, hanya perlu berusaha 🙂
    Ikhwan Fahmi recently posted..Panduan Beli Kereta Secara TunaiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge