» » Tips Rawat Demam Bayi Yang Ibubapa Perlu Tahu

Tips Rawat Demam Bayi Yang Ibubapa Perlu Tahu

Assalamualaikum.

Bila ada anak kecil, memang banyak benda yang kita perlu belajar. Antaranya adalah macam mana nak merawat bayi yang demam supaya tak sampai kena sawan tarik.

tips merawat bayi demam (1)

Demam merupakan hasil tindak balas normal badan terhadap jangkitan. Kita mungkin akan mula sedar yang anak demam bila badannya terasa panas dan anak sudah mula merengek dan meragam. Untuk kepastian, kita perlu memeriksa suhu anak dengan menggunakan termometer.

Suhu yang melebihi 37 darjah celcius dianggap sebagai demam. Seelok-eloknya, bawa anak berjumpa doktor untuk memastikan diagnosis yang sebenar. Jika sekadar demam panas biasa, anda boleh merawat sendiri demam bayi tersebut dengan cara-cara berikut;

1. Jangan pakaikan anak baju dan seluar

Biarkan anak sekadar memakai pampers sahaja. Ini bagi memastikan haba dari badan dapat dikeluarkan dengan baik. Di waktu malam pula, boleh pakaikan anak dengan baju lubang-lubang ataupun baju yang nipis sahaja.

2. Jerlum kepala dan badan anak dengan air asam jawa

Bancuhkan asam jawa dengan air. Kemudian, basahkan tuala dengan air asam jawa dan jerlum kepala dan badan anak dengan tuala tersebut. Ulang langkah ini setiap kali tuala sudah hampir kering.

3. Mandikan anak dengan Epsom Salt

Campur satu sudu besar Epsom salt dalam sebaldi air suam. Mandikan anak dengan air campuran tersebut.

4. Pakaikan ‘lemon socks’

Caranya amat mudah. Anda cuma perlu perahkan sebiji lemon ke dalam mangkuk dan campurkan sedikit air suam. Basahkan stokin anak dengan air lemon dan pakaikan anak dengan stokin tersebut.

5. Sentiasa periksa suhu badan anak

Periksa suhu badan anak setiap 2-3jam. Pada waktu malam, pastikan bergilir-gilir tidur antara suami dan isteri untuk memastikan suhu badan anak terkawal.

Jika suhu anak masih lagi tinggi, anda mungkin perlu memberi anak makan ubat demam. Tetapi mestilah diberikan mengikut dos yang betul. InsyaAllah dengan jagaan yang rapi, anak kembali sihat seperti biasa.

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

8 Responses

  1. Mek ila Jual Vitamin
    | Reply

    Anak kecil di bawah usia 2 bulan memang tak boleh nak makan sebarang ubat termasuk PCM. Jadi kalau boleh, elakkan bawa anak ke kawasan sesak untuk mengelakkan jangkitan. Selain daun bunga raya, Mek ila gunakan Basic H dalam air mandian juga untuk meredakan panas anak.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted..5 Mitos Tentang Susu IbuMy Profile

  2. adianiez AIDA
    | Reply

    sama la…
    anak2 demam, aida akan mandikan dari kaki bwk ke kepala.
    jerlum dgn towel basah…
    tapi aida pakai kan stokin bwg.
    aida google tu. alhamdulillah mujarab.
    adianiez AIDA recently posted..BERPANTANG SELEPAS BERSALIN ZAMAN TERKINI 🙂My Profile

  3. Alin Marlini
    | Reply

    tips berguna walaupun takde anak kecik lagi…hehehehe
    Alin Marlini recently posted..Alamak! Ayam Den Lopeh….My Profile

  4. Salmiah Md Zain
    | Reply

    tips yang sangat berguna. Paling risau kalau anak demam, banyak komplikasinya…
    Salmiah Md Zain recently posted..9 Tips Tradisional & Moden Atasi Kulit Kering Dan Tumit Kaki PecahMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge