» » Tips Urus Duit Belanja Dapur Supaya Tak Kebulur Di Hujung Bulan

Tips Urus Duit Belanja Dapur Supaya Tak Kebulur Di Hujung Bulan

tips urus duit belanja dapur (1)

Assalamualaikum.

Bila hujung bulan je, ramai yang mengeluh duit tak cukup sementara nak tunggu duit gaji masuk. Masing-masing terpaksa ikat perut sementara tunggu poket penuh semula.

Dulu-dulu, saya pun tak ambil kisah sangat fasal duit belanja dapur rumah ini. Semuanya suami yang uruskan.

Sehinggalah bila dah masuk zaman GST, baru saya masuk campur urusan duit belanja dapur. Sebab memang terasa bebannya. Peliklah kalau ada yang kata dia rasa sama je zaman sebelum GST dan selepas GST. Huhu.

Jadi apa yang kami buat untuk uruskan duit belanja dapur ni? Jom teruskan baca.

 

Tips Urus Duit Belanja Dapur

1. Mula-mula kami tulis berapa duit gaji/biasiswa yang dapat setiap bulan. Kemudian kami senaraikan perbelanjaan tetap dahulu, iaitu perkara-perkara yang perlu dibayar/diberi/disimpan setiap bulan.

2. Kemudian dari bakinya, barulah kami letakkan berapa bajet yang boleh digunakan untuk belanja dapur. Setelah dibuat kira-kira, sebanyak RM### boleh digunakan untuk sebulan.

3. Langkah ketiga, saya senaraikan barang-barang yang perlu dibeli setiap bulan dan berapa anggarannya. Dari sini kami boleh nampak apa barang yang penting dan apa yang tak. Memang banyak benda perlu dipotong selepas zaman GST ni. Hihi. =P

4. Setiap kali gaji, suami akan keluarkan terus total bajet untuk belanja dapur dan serahkan pada saya. Saya letak duit tersebut pada bahagian khas dalam purse (tak bercampur dengan duit sendiri).

5. Setiap kali beli barang, kami akan bayar guna duit tersebut sahaja. Kalau suami keluar seorang diri dan ada beli barang yang sepatutnya menggunakan duit belanja dapur, saya akan ganti balik duit tersebut.

Tips Mudah Urus Duit Belanja Dapur

 

6. Pada akhir bulan, selalunya akan ada duit baki sedikit. Dan duit baki ini kami masukkan dalam tabung-tabung khas untuk tujuan-tujuaan tertentu. Yang ini saya akan kongsikan nanti ye.

7. Bagi yang ikut tips ini tapi duit bajetnya dah habis sebelum gaji baru masuk, saya cadangkan agar anda selongkar dapur untuk cari bahan-bahan yang boleh dimasak. InsyaAllah, pasti ada barang-barang kering yang boleh dimasak untuk mengisi perut. Kalau tak ada juga, terpaksalah ikat perut sekejap. =(

Saya harap perkongsian ringkas ini dapat membantu ramai lagi insan-insan di luar sana untuk mengawal perbelanjaan. Jom kita usaha sama-sama untuk tambah pendapatan juga, OK?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, bolehlah klik button share di bawah. =)

13 Responses

  1. vitri
    | Reply

    tips terbaik untuk mengatur keuangan
    vitri recently posted..Max DoorMy Profile

  2. Sani
    | Reply

    Tips ni penting sama ada masa kebulur atau tidak dihujung bulan. Baru lah kita berbelanja dengan bijaksana tanpa pembaziran..

  3. kaknida
    | Reply

    tq tips yang best!

  4. adi pradana
    | Reply

    lhaini, cocok dibaca istriku… hehehe
    adi pradana recently posted..Soto Mbok Djinten, kenyangin laparmu !My Profile

  5. Nurul
    | Reply

    Bagus tips macam ni..senang nak rekod. Asingkan duit dapur dengan duit sendiri, barulah kita nampak ke mana duit pergi selama ni
    Nurul recently posted..3 Manfaat Herba-Lax kepada kitaMy Profile

  6. ummul azkee
    | Reply

    tip berguna..terima kasihh

  7. Nora Karim
    | Reply

    Saya pun diberi tanggungjawab oleh suami untuk jaga bab2 brg dapur.. nak2 sekarang ni duduk dgn adik beradik lain (sementara cari rumah)… mmg kena tulis brg apa nak beli… kalau tak perlu mmg kita buang dr senarai.. hehehe

    mmg pelik bila ada yg kata tak terbeban dgn gst… huhuhu
    Nora Karim recently posted..Wordless Wednesday #57My Profile

  8. Athirah
    | Reply

    nice tips!

  9. Maria Firdz
    | Reply

    Nice tips… Memang buat seperti yang mama buat tu juga..
    Maria Firdz recently posted..Nuffnang: CPUV Awal Ogos!My Profile

  10. Mr Sync
    | Reply

    salah satu cara untuk pastikan tidak kebulur ialah menerusi perniagaan, ia sebagai bekalan untuk kita mendapatkan wang tambahan setiap hari malah setiap bulan 🙂
    Mr Sync recently posted..Latihan Separa Perubatan Gred U29My Profile

  11. roslina
    | Reply

    Bagusnya tips ni.Pada minggu-minggu terakhir setiap hujung bulan saya akan buat ‘kitchen challenge’ kat diri sendiri untuk masak dengan menggunakan apa yang ada di dapur.Kuncinya be creative.Ini untuk kurangkan pembaziran barang expired dan penjimatan juga kan..
    roslina recently posted..Buku 2 [Projek 100 Buku]My Profile

  12. Mama Kembar 3
    | Reply

    Sama cara kita. Buat bajet, asingkan duit. Dapat gaji je i akan beli semua barang dapur yg kering & simpan stok cukup utk sebulan. InsyaAllah akhir bln sesak sesak pun leh masak sardin hehe

Leave a Reply

CommentLuv badge