» » » Tolong Menolong

Tolong Menolong

Assalamualaikum.

Entri ini ditulis oleh penulis jemputan khas untuk Blog Bardboo, iaitu En. HBB. HBB mempunyai blognya sendiri di http://hbbmind.blogspot.com. Jom kita baca hasil penulisan pertama dari HBB.

Susah jugak ye nak menulis ni. Macam mana agaknya bloggers yang dapat buat entri setiap hari. Lama juga HBB memikirkan apakah entri yang nak dibuat. Sebelum ni terfikirkan nak buat tajuk lain, tapi akhirnya tajuk seperti di atas yang  jadi. Hehehe.

HBB teringatkan kisah bersama arwah tuan guru kami. Begini kisahnya, ketika kami dan tuan guru (TG) sedang duduk2 setelah makan. TG kami berkata kita ini WAJIB menolong orang. HBB dan yang lain terpinga-pinga dan berkerut dahi masing2 bila mendengar kalimah WAJIB itu. Dalam hati HBB berkata2, camna nak tolong orang kalau tak ada duit, sedangkan ianya WAJIB. TG yg memahami keluh kesah anak muridnya sambil tersenyum sambil menyambung kata-katanya.

 

Kita ini WAJIB menolong orang yang memerlukan bantuan. Untuk menolong orang ada 4 cara.

1 .Dengan harta/duit. Kalau tak mampu dengan harta maka gunakan cara ke-2.
2. Dengan kudrat tenaga. Kalau tak mampu untuk menolong dengan cara1 dan 2 maka, gunakan cara ke-3.
3. Dengan idea atau buah fikiran. Bila tak mampu tolong cara1 dan 2, mungkin kita boleh beri idea bagaimana utk menolong. Jangan dibiarkan tanpa pertolongan. Kalau masih tak ada idea maka tolonglah dengan cara ke-4.
4. Dengan berdoa setelah ketiga-tiga cara di atas itu tidak mampu kita tolong.

Setelah mendengar penerangan dari TG maka legalah hati kami. Hehe. Memandangkan HBB sekarang ini banyak terlibat dengan program MOTIVASI, maka mungkin entri selepas ini berkaitan dengan motivasi. Kesempatan ini marilah kita sama2 menolong mendoakan agar kita semua mendapat keredhaan Allah. Amin.

Kanak kanak terpekik terlolong,
Orang dewasa membeli belah,
Hendaklah kita tolong menolong,
Agar mendapat keredhaan Allah.

Kata-kata HBB tidak semuanya benar untuk diterima bulat-bulat.

-via HBBmind-

9 Responses

  1. akhiyy
    | Reply

    wahhh..kesimpulannya..kene tolong menolong =)
    akhiyy recently posted..Projek 100 Blogger Oleh Bro FramestoneMy Profile

  2. Mitos Kejayaan
    | Reply

    […] ini merupakan entri kedua dari En. HBB. Entri pertamanya adalah mengenaai ‘Tolong-Menolong“. Dah baca ke belum? Kalau belmu, bolehlah baca juga ye selepas baca entri terbaru ini, […]

  3. segalabenda
    | Reply

    nak membantu orang bukannya semesti dengan wang ringgit sahaja..memang kebiasaanya bila kata nak tolong orang mesti pikir pasal duit..kalau nak tunggu duit baru nak tolong susah lah

  4. hafizmd
    | Reply

    Tolong menolong amalan mulia
    Meringan beban sesama manusia
    Harta tenaga dan juga idea
    Asal beban dirasa bersama
    hafizmd recently posted..5 Rahsia Sebenar LELAKI KACAK Untuk IsteriMy Profile

  5. akubiomed
    | Reply

    Sumbangan tenaga dan ilmu boleh membantu menjadikan kehidupan orang lain lebih baik. 🙂
    akubiomed recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk BloggerMy Profile

  6. rahman
    | Reply

    org kita paling suka tolong kalau ada kemalangan.. tolong tengok saja 🙂
    rahman recently posted..Mengapa RASULULLAH SAW tidak pernah sakitMy Profile

  7. padin
    | Reply

    asal saja niat kita ikhlas untuk menolong, tidak kira apa bentuk.. pasti di permudahkan.. insyaAllah 😀

    p/s: lama tak ke sini, huu
    padin recently posted..Apa Khabar SahabatMy Profile

  8. kimmie
    | Reply

    betul tu, untuk menolong orang ada byk cara, tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja.
    kimmie recently posted..Wordless Wednesday 21 – Sama dan serupa tak?My Profile

  9. Azman
    | Reply

    Setuju dgn HBB,tak dapat tlg dgn wang ringgit dengan buah fikiran pun boleh.
    Azman recently posted..Wordless Wednesday # West meet EastMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge