» » Ubat Sakit Saraf Untuk Elak Dari Hantuk Dinding Menahan Sakit

Ubat Sakit Saraf Untuk Elak Dari Hantuk Dinding Menahan Sakit

posted in: Shaklee | 2

Assalamualaikum.

Hari ini Mama dikejutkan dengan suatu berita dari Abang Mama. Dia merupakan seorang doktor gigi, tapi sekarang sudah masuk ke bahagian bedah muka (maxillofacial surgery). Dia mengatakan yang Bonda kami baru menceritakan padanya tentang sakit yang Bonda hadapi sebelum ini. (Bonda merahsiakan hal ini dari Abang Mama mungkin sebab tidak mahu Abang Mama risau, sebab dia sedang sibuk dengan exam). Dan berdasarkan daripada penceritaan Bonda, abang Mama mengatakan yang Bonda menghidap penyakit trigeminal neuralgia. Dan malam ini bila anak-anak dah tidur, Mama pun teruslah google untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit ini.

ubat sakit saraf trigeminal neuralgia

Trigeminal neuralgia (TGN) adalah satu keadaan yang amat menyakitkan yang disebabkan oleh saraf utama di kawasan muka dan mulut, iaitu saraf trigeminal. Kesakitan mungkin disebabkan oleh saraf dihimpit oleh salur darah yang berdekatan, ataupun sakit timbul disebabkan oleh tekanan dari ketumbuhan/tumor. Penghidap TGN menggambarkan sakit ini sebagai sakit tajam mencucuk-cucuk dan seperti terkena renjatan elektrik. Sakit ini datang secara tiba-tiba dan berlaku dalam masa yang singkat. Tetapi, terdapat beberapa jenis aktiviti yang boleh menjadi pencetus kesakitan ini iaitu seperti:

  1. bercakap
  2. mengunyah makanan, minum
  3. senyum
  4. sentuhan lembut
  5. memberus gigi
  6. mencuci muka
  7. terkena angin pada bahagian muka

AJAIB! Vivix Juga Membantu Untuk Berhenti Merokok, Seperti Yang Diceritakan Oleh Lelaki Ini:

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

TGN dirawat dengan penggunaan ubat, iaitu ubat sawan seperti carbamazepin, phenytoin, gabapentin, dan sebagainya. Namun ubat-ubat ini menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini seperti rasa mengantuk dan pening. Jika sakit sudah tidak dapat dikawal dengan ubat, maka rawatan seterusnya adalah dengan cara pembedahan. Berikut adalah jenis rawatan pembedahan untuk TGN:

  • suntikan gliserol / alkohol
  • cryotherapy (pembekuan saraf)
  • pemotongan saraf periferi
  • “radiofrequency thermocoagulation”
  • “microvascular decompression”
  • “gamma-knife radiosurgery”

Kalau anda semua nak tahu, Salman Khan juga merupakan seorang penghidap TGN tau. Dan dia sudah menjalani pembedahan untuk merawat masalah sakit saraf ini. Jom tengok video ini untuk lihat sendiri macam mana kesan sakit saraf TGN ini pada penghidapnya.

>>> LIHAT PADA MINIT 5:54 <<<

Alhamdulillah, kini Bonda dah bebas dari sakit ini. Anda boleh klik link yang Mama berikan ini untuk tahu rawatan alternatif untuk sakit saraf yang Bonda gunakan. Semoga anda semua yang sedang mencari rawatan untuk sakit TGN ini akan dapat kesan yang sama juga, InsyaAllah.

2 Responses

  1. Zul
    | Reply

    sakit saraf ni memang susah skit nak rawat dia..kena ikhtiar dr perubatan tradisional dan juga moden…kalau tak cegah dari awal boleh jd mcm muhammad ali lah…
    Zul recently posted..Pengurusan Username & Password yang berlambak !! SEMAK !!My Profile

  2. Mak Jemah Jual Vitamin
    | Reply

    bahaya jugak rupanya sakit ni ye. alhamdulillah bonda mama dah semakin pulih…
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted..Tips Atasi Masalah Sembelit Pada AnakMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge