» » Unit Trust Public Mutual vs. Pelaburan Emas

Unit Trust Public Mutual vs. Pelaburan Emas

Argh, kepala tengah pening memikirkan. Samaada nak teruskan pelaburan saya dalam Unit Trust Public Mutual, ataupun nak jual semua unit yang ada tu dan masuk dalam pelaburan emas.

Unit trust ni untuk pelaburan jangka masa panjang, at least 3 tahun. Saya tak ingat saya dah join berapa lama, mungkin 2 tahun, mungkin 3 tahun. Kalau mengikut pengiraan yang saya buat, memanglah ada untungnya. Tapi tak adalah banyak pun. Huhu.

Perasaan ni plak memang membuak-buak je nak masuk pelaburan emas. Oh emas oh emas.

Siapa yang terer pasal bab-bab ni? Meh lah kongsi-kongsi pendapat sikit yer.

3 Responses

  1. Jas
    | Reply

    Terima kasih atas perkongsian maklumat kepada blog-owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & menguruskan investors di semua negeri terutamanya PENANG, KUALA LUMPUR & JOHOR BAHRU. Juga travel ke negeri-negeri lain bergantung kepada lokasi pelabur.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust sama ada investment KWSP atau pun investment TUNAI, boleh lah hubungi saya melalui Mobile atau Email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant (UTC) / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    “ Personal Opinions: (i) Best Investment Period = 10 Years , (ii) Minimum Return on Recommended Funds = 11% per year. [Proven Track Record available & can be given upon request] ”
    Jas recently posted..Risks? What Should I Do?My Profile

  2. Roslina Abdul Latif
    | Reply

    Assalammualaikum,

    Saya berminat untuk melabur dalam Public Mutual yang berasaskan syariah…cuma saya nak tau cara dan bagaimana saya perlu untuk memulakan perlaburan? Bolehkah En. Hafiz terangkan kepada saya mengenai kelebihan melabur dalam Public mutual dan juga risiko perlaburan?

  3. Mohammad Hafiz Abdul Latiff
    | Reply

    Assalamualaikum w.b.t.

    Puan Bard,

    Apa khabar? Semoga puan, suami dan anak kesayangan, Izz sentiasa berada di bawah lindungan Allah sepanjang berada di perantauan.

    Saya Hafiz, merupakan perunding unit amanah di Public Mutual Berhad semenjak tahun 2008 dan juga pengasas agensi perunding kewangan, AL HAFIZ CONSULTANTS (002030457-K). Secara kebetulan, saya terjumpa laman web puan dan tertarik dengan entri ini.

    Sekiranya tidak menjadi halangan, saya mohon berkongsi sedikit pandangan tentang entri ini. Secara peribadinya (bukan kerana saya perunding unit amanah di Public Mutual), tidak salah kita pelbagaikan simpanan kita. Kedua-dua pelaburan/simpanan adalah bagus. Saya tidak mahu sentuh banyak mengenai pelaburan emas, tetapi, bagi saya sekiranya puan memiliki kemampuan yang lebih, tidak salah melabur dalam emas. Cumanya, emas mungkin sahaja tidak membantu puan sekiranya ingin menggunakan duit dalam jangka waktu yang cepat (jika berlaku emergency) kerana emas tidak mempunyai nilai kecairan wang yang cepat.

    Daripada apa yang saya baca melalui entri tulisan puan, saya beranggapan bahawa: 1) puan menyimpan di Public Mutual melalui perunding unit amanah dan mungkin sahaja dia sudah lama tidak menghubungi puan (ini kerana puan tidak ingat berapa lama sudah menyimpan dan membuat pengiraan untung-rugi sendiri). 2) puan menyimpan di Public Mutual tanpa menggunakan khidmat perunding unit amanah.

    Sebenarnya, pelaburan di Public Mutual sangat menguntungkan sekiranya konsultan yang puan pilih menjalankan amanah yang diberikan sebaiknya. Strategi-strategi yang digunakan harus bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa. Sekiranya diizinkan, saya boleh membantu puan untuk mendapatkan status terkini mengenai pelaburan puan di Public Mutual. Mohon puan hubungi emel saya untuk maklumat lanjut.

    Apapun, secara peribadinya, saya menggalakkan puan pelbagaikan pelaburan puan. Warren Buffet (pakar pelaburan) menggalakkan kita supaya tidak meletakkan semua ‘telur’ yang kita ada ke dalam satu bakul sahaja. Semoga sedikit perkongsian ini tidak akan memeningkan kepala puan lagi.

    Sebarang pertanyaan, boleh hubungi emel saya. Sekian dulu, salam dari Malaysia untuk puan, suami dan Izz.

    Salam hormat,
    MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL LATIFF
    hafiz111@alhafizc.com
    Kuala Lumpur.

Leave a Reply

CommentLuv badge