» » Wajah Baru Bardboo.com

Wajah Baru Bardboo.com

Salam.

Wajah baru? Maksudnya apa ye? Bukan dari segi template atau layout blog tau, sebab yang itu saya memang sentiasa ubah-ubah. Saya? Terasa baik tak? Hah, itulah yang saya nak ubah!!

Kalau sebelum ini, kata ganti nama yang digunakan di blog ini adalah AKU. Dan sekarang akan ditukar kepada penggunaan SAYA.

Kenapa ye? Kalau dulu, saya buat blog ini hanya untuk suka-suka dan untuk kepuasan sendiri. Bila orang lain ada blog, saya pun nak ada blog gak. Dan pada masa tu orang-orang yang baca blog saya hanyalah orang yang saya kenal, dan kemudian bertambahlah beberapa rakan blogger yang lain.

Tapi bila blog ni dah semakin berusia (haha, macam oranglah pulak), makin ramai yang datang meninggalkan jejak di sini. Ada yang sebaya, ada yang muda, dan ada yang lebih tua. Sebab itu saya decide untuk tukar, bagi menghormati mereka yang lebih tua. =)

Mula-mula ni mungkin agak janggal untuk berblog menggunakan saya (agak skema rasanya, hehe), tapi tak apalah. Saya akan cuba!! ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge