» » We Are Going to France!

We Are Going to France!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Akhirnya urusan untuk Cik Abang mendapatkan tempat belajar dan biasiswa selesai gak. Jadi secara rasminya, InsyaAllah kami bertiga akan ke Perancis bulan depan. Setelah lama menunggu, akhirnya peluang ni sampai jugak.
Dapat jugaklah kami nak menjejakkan kaki ke negara orang, dan yang paling penting dapat bawak Ammar sekali.

Tipulah kalau saya kata saya tak gembira nak ke Perancis ni. Tapi, tarikh Cik Abang harus daftar kat sana adalah 29 Ogos 2011!! Dan mestilah kitorang kena pergi ke sana lebih kurang seminggu awal untuk selesaikan apa-apa yang patut.

Dan sekarang ada dua kemungkinan je untuk kami:

(1) Kalau Cik Abang dah berjaya dapatkan rumah di sana, saya dan Ammar akan ikut sekali ke Perancis bulan depan. Tapi……tak dapatlah nak beraya kat sini. Kecian gak kat Ammar tak dapat kumpul duit raya. Huhu

(2) Kalau tak dapat rumah plak, saya dan Ammar akan tinggal dulu kat Malaysia ni dan Cik Abang pergi ke sana dulu. Waaaa, lagilah sedih!!

Jadinya, the best option is number 1. Tapi….waa…..banyaknya tapi nya…Huhuhuhu…Confirm banjir air mata punyalah. Malam semalam pun tiba-tiba je lagu raya dah terngiang-ngiang kat telinga, dan hati terus rasa sebak. Hurm….

But I’m willing to sacrifice anything just to be with my hubby. Sebab tempat seorang isteri adalah di sisi suami….

Kitorang akan ke Toulouse. Harap-harapnya bila Cik Abang cuti, dapatlah kitorang bermadu cinta di Paris. =)

Buat masa sekarang, kitorang ada masa lebih kurang 5 minggu untuk buat preparation. Antaranya:

  • buat pasport Ammar. Saya dan Cik Abang dah ada pasport
  • apply visa
  • cari rumah kat Toulouse
  • packing barang, yang saya rasa benda paling leceh nak buat!
  • lepastu nak agih-agihkan barang yang nak kena tinggal ni kat rumah-rumah yang bertuah untuk jadi stor sementara kitorang
  • prepare mental dan fizikal
  • blablablabla…
Erm, korang yang pernah pergi belajar kat luar negara, apa lagi yang perlu dibuat ye?

Leave a Reply

CommentLuv badge