Search
Search
Jodoh dengan anak murid di majlis reunion

Jodoh dengan anak murid di majlis reunion

Seorang guru bertemu jodoh dengan bekas anak muridnya biarpun tidak pernah menjalinkan hubungan cinta ketika berada di sekolah.

Menurut Nurhanis Zahidah Hashim, 34, bersama pasangannya, 23, mereka tidak sama sekali mempunyai hubungan serius ketika masih bergelar guru dan murid ketika di sekolah dahulu.

Namun, majlis perjumpaan semula bersama bekas pelajar pada tahun lalu menemukan pasangan ini untuk mengenali dengan lebih rapat lagi.

Jarak umur 11 tahun antara Nurhanis dan suami bukanlah sesuatu yang penting bagi mereka untuk mendirikan rumah tangga.

“Dia bujang dan saya pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, dia terima keluarga saya seadanya dan hubungan bersama anak-anak sangat rapat.

“Kami tidak pernah bercinta waktu sekolah selepas dia tahu saya seorang ibu tunggal ketika bertemu semula di sebuah majlis reunion (perjumpaan semula), dan dari situ kami mula berkenalan,” katanya menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya @aniehashim

Selepas hampir lapan bulan berkenalan, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada Disember 2021 lalu.

Rata-rata warganet meluahkan rasa gembira atas perkahwinan mereka dan menitipkan ucapan serta mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua.

“Semoga Cikgu kekal bahagia dan sentiasa dipermudahkan urusan cikgu dengan pasangan,” komen salah seorang pengguna media sosial.

Penulis: Nurhanis Zahidah Hashim
Sumber: https://era.je

MahligaiCinta