Search
Search
Wanita bertemu jodoh versi mak-mak

Wanita bertemu jodoh versi mak-mak

Kebanyakan insan di dunia ini memerlukan cinta dan kasih sayang untuk menghidupkan jiwa yang mungkin keseorangan. Ada kalanya berkongsi dengan orang lain menjadi penguat semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Adat dalam bercinta, kebanyakkan pasangan mahu mengakhirinya dengan pernikahan, tanda penyatuan dua jiwa.

Jodoh diatur Allah ini cukup unik.  Adakalanya ia datang bagai sepantas kilat tapi ada yang mengambil masa bertahun-tahun kenal sebelum keduanya disatukan atas izin dariNya.

Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama @temaOmar yang juga nama sebenarnya Siti Fatma  Omar yang juga Pengasas Harrogate Sulphur Soap Malaysia, berkongsi manisnya cinta versi “mak-mak” antara dirinya dan suami, dikenali sebagai Fahmy.

Berbanding kisah anak muda yang mungkin mahu kerap berjumpa, ternyata versi cinta kisah Mak-Mak sangat manis untuk dikenang dan lebih cool. Dirinya ambil masa 10 tahun malah mengambil masa setahun menjawap salam aidilfitri dihantar suaminya sebelum bertemu jodoh pada 26 Jun baru-baru ini.

Dalam perkongsian di Tik Tok, dirinya menjelaskan mula kenal dengan suaminya pada penghujung tahun 2011. Namun ketika itu dirinya sibuk dengan dunia pekerjaan dan masa yang sama sibuk menguruskan perpindahan kerja ke  Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.

Namun ketika salam dihulurkan suaminya, dia tidak pernah kenal wajah pasangannya sebaliknya salam dihulur melalui aplikasi  Whatsapp sahaja.

Dalam Whatsapp itu, suaminya memaklumkan sudah jatuh cinta pandang pertama dan kerana itulah dirinya sempat mengambil nombor telefon Siti Fatma dari kenalan wanita itu yang kini sudah dijemput Illahi.

Kata Siti Fatma, ketika mula-mula berkenalan, dia  tidak terlayan mesej dari suaminya kerana agak sibuk menguruskan urusan perpindahan ke Korea Selatan. Dan sepanjang bertahun-tahun perkenalan itu, sekalipun mereka tidak pernah berjumpa dan kekal kekal berhubung  melalui aplikasi Whataspp sesekali. Dan mengakui lelaki berkenaan baik.

Pernah Fahmy datang ke Korea Selatan dan mengajaknya bertemu namun itu dia tidak melayannya.

Lebih menarik, suami pernah memberi ucapan selamat hari raya pada 2017 dan dirinya mengambil masa setahun hanya untuk menjawab salam berkenaan.

Ternyata jodoh pasangan ini sudah diatur oleh Allah SWT. Pada tahun 2019, suaminya datang ke satu majlis anjuran syarikatnya. Katanya dapat invition dari status Whatsapp dan ketika itulah suaminya memberanikan diri memperkenalkan diri dan memaklumkan namanya, Fahmy.

Lebih seronok, saat memandang wajah lelaki berkenaan, kata Siti Fatma dia tidak menyangka wajahnya suaminya agak tampan dan berasa malu saat keduanya bertentang mata buat kali pertamanya. Syukur  ayahnya melayan lelaki berkenaan dengan baik dan masa yang sama dia berasa malu-malu lagi.

Sejak cinta pandang pertama itu, keduanya mula berkawan dan mengambil masa dua tahun untuk keduanya disatukan pada 25 Jun lalu. Malah ada beberapa kali menunda majlis disebabkan PKP.Malah anak-anak yang sudah pun dewasa turut sama meraikan majlis keduanya.

Kata Siti Fatma, 12 tahun dirinya membesarkan dua orang anak selepas tiada jodoh dan ternyata dia menikah kali kedua dengan orang yang tidak disangkanya.

“Jodoh itu rahsia Allah. Syukur alhamdulillah, kongsinya. Malah dirinya berdoa agar dapat menjadi isteri yang baik di sisi suami dan anak-anak,” kongsinya dalam aplikasi Tik Toknya.

Didoakan agar pasangan ini kekal bahagia till Jannah seisi keluarga. Berbeza cinta orang muda dan orang berusia, ternyata versi cinta mak-mak ini lebih cool dan tenang.

Penulis: Siti Fatma Omar
Sumber: https://kashoorga.com & Almaswa Che Ros

MahligaiCinta