Lense ASMR
Kami Vendor di Negeri → Selangor & KL

Business Apa?
Kami komited untuk memberikan hasil kerja berkualiti profesional yang menepati standard tinggi dalam fotografi dan videografi, tanpa membebankan bajet anda. Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap pelanggan dapat menikmati hasil yang premium, kemas, dan penuh nilai, pada harga yang lebih berpatutan dan mampu milik.
Feedback Pelanggan - Lense ASMR
Lense ASMR
Alamat Perniagaan:
PIC: Amierul Shafiq
⚠️ Terma dan Syarat
Berikut adalah terma dan syarat untuk anda mendapatkan servis daripada kami
Terma & Syarat
1. Tempahan, Deposit & Bayaran
• Tempahan hanya disahkan selepas deposit diterima (RM50 / RM150 bergantung kepada pakej yang dipilih).
• Deposit adalah tidak akan dikembalikan (non-refundable) sekiranya pembatalan dibuat oleh pelanggan.
• Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum atau pada hari majlis.
• Sebarang masalah kewangan perlu dimaklumkan lebih awal dan tertakluk kepada kelulusan pihak syarikat.
• Bayaran boleh dibuat melalui tunai, pindahan bank atau kaedah lain yang dipersetujui.
• Kelewatan bayaran boleh menyebabkan kelewatan dalam penyerahan hasil kerja.
• Caj tambahan akan dikenakan bagi permintaan di luar pakej seperti waktu kerja tambahan, lokasi jauh, atau perubahan saat akhir.
2. Penyerahan Hasil
• Foto digital akan diserahkan dalam tempoh satu (1) bulan atau lebih awal selepas majlis.
• Sekiranya berlaku kelewatan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak ASMR akan memaklumkan kepada pelanggan dengan segera.
• Jumlah gambar dan video yang diserahkan adalah mengikut pakej yang dipilih. Fail mentah (RAW) tidak disertakan.
• Semua hasil akan diserahkan secara digital melalui Google Drive atau platform yang dipersetujui.
3. Pembatalan
• Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat oleh pelanggan.
• Sekiranya jurugambar tidak dapat hadir atas sebab kecemasan atau perkara yang tidak dapat dielakkan, pihak syarikat akan menyediakan pengganti yang setaraf atau memulangkan bayaran penuh termasuk deposit.
4. Hak Cipta & Penggunaan
• Semua gambar dan video adalah hak cipta penuh ASMR.
• Pelanggan diberikan hak penggunaan peribadi untuk cetakan, simpanan, dan perkongsian di media sosial.
• Penggunaan komersial atau penjualan semula tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.
• Pihak syarikat berhak menggunakan hasil kerja untuk portfolio, media sosial dan tujuan pemasaran, kecuali diminta sebaliknya secara bertulis oleh pelanggan.
5. Penjadualan Semula (Reschedule)
• Sebarang perubahan tarikh atau lokasi perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya ___ hari lebih awal.
• Penjadualan semula hanya dibenarkan sekali sahaja dan tertakluk kepada kekosongan tarikh baharu.
• Jika pihak syarikat tidak dapat hadir atas sebab kecemasan, pengganti akan dihantar atau bayaran penuh akan dipulangkan.
6. Tanggungjawab & Had Liabiliti
• Pihak jurugambar akan memberikan perkhidmatan secara profesional, namun tidak bertanggungjawab terhadap perkara di luar kawalan seperti cuaca, sekatan lokasi, atau gangguan tetamu.
7. Privasi Pelanggan
• Semua maklumat pelanggan adalah sulit dan tidak akan dikongsi tanpa kebenaran.
8. Penerimaan Terma
• Dengan membuat tempahan dan bayaran deposit, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat ini.
9. Polisi Masa Tanpa Had
• Liputan fotografi dan videografi adalah berterusan tanpa jurang masa sepanjang hari majlis.
• Masa menunggu, kelewatan atau sela masa antara sesi (contohnya rehat panjang sebelum outdoor) akan dikira sebagai masa berbayar.
• Sesi outdoor perlu dijalankan sejurus selepas majlis utama pada hari yang sama.
• Sebarang perubahan jadual yang menyebabkan sela masa akan dikenakan caj tambahan RM180 bagi setiap pakej (fotografi/videografi).
⚠️ Update Content Vendor
Organizer: Amierul Shafiq

