Temui Vendor Kahwin Dipercayai di MC

Azuwaa Bridal

Kami Vendor di Negeri → Selangor & KL

Azuwaa Bridal

Coverage Area: Klang, Shah Alam, Selangor, Ijok, Petaling Jaya, Subang, Rawang
Support

Business Apa?

Azuwaa Bridal ialah sebuah butik pengantin dan wedding planner yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor, menyediakan perkhidmatan perkahwinan lengkap di seluruh Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

Ditubuhkan pada tahun 2023, Azuwaa Bridal menawarkan pelbagai pilihan busana pengantin moden dan tradisional termasuk Busana resepsi, busana nikah, songket eksklusif serta aksesori pengantin. Setiap koleksi dipilih dan direka dengan teliti bagi memastikan setiap pasangan tampil elegan, eksklusif dan menyerlah pada hari istimewa mereka.

Selain perkhidmatan busana, kami turut menyediakan khidmat wedding planning dan wedding coordination bagi membantu pasangan merancang majlis dengan lebih lancar dan teratur. Daripada pemilihan vendor, penyediaan pelamin, khemah, dekorasi, atur cara majlis sehingga penyelarasan pada hari acara, pasukan kami sentiasa bersedia memberikan sokongan yang diperlukan. Kami bertanggungjawab untuk pastikan semua pengurusan dibawah kami berjalan dengan lancar seperti matlamat kami memudahkan urusan perkahwianan pelanggan kami. 

Di Azuwaa Bridal, kami percaya setiap pasangan mempunyai impian perkahwinan yang unik. Oleh itu, kami menawarkan penyelesaian yang fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut konsep, keperluan serta bajet pelanggan. Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap pasangan dapat menikmati perjalanan menuju hari bahagia mereka dengan lebih tenang, yakin dan bermakna.

“Creating Timeless Wedding Experiences with Elegance and Excellence.”

📍 Shah Alam, Selangor
💍 Bridal Boutique & Wedding Planner
✨ Busana

Hanya yang terbaik & berbaloi

Kami berikan khidmat selari dengan quality & servis yang terbaik

Specialiti kami sewaan/custom busana perkahwinan
Pakej Sewaan Busana Nikah Sanding
Pakej Sewaan Busana Songket Perkahwinan

Wedding Planner : 

  1. Pakej Pengantin : Pakej asas untuk pengantin seperti (Pelamin, Busana, MUA & Photographer)
  2. Pakej lengkap seperti (Katering, Busana, Pelamin, MUA, Photographer, dan macam2 lagi) dibawah 1 pengurusan

    Setiap pakej yang kami sediakan kami sedia untuk bawa ke lokasi pilihan anda.
    Jika tiada tempat seperti dewan @ khemah. Kami sedia membantu bersama anda untuk pilih lokasi yang bersesuaian majlis & budget anda. 

Feedback Pelanggan - Azuwaa Bridal

5
1000 reviews
  • Vendor Info:

    Azuwaa Bridal

    Alamat Perniagaan:

    3B, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

    PIC: nana

    Call - Azuwaa Bridal

    ⚠️ Terma dan Syarat

    Berikut adalah terma dan syarat untuk anda mendapatkan servis daripada kami

    Terma & Syarat Review / Survey Busana

    1. Sesi Review / Survey Busana

    • Semua pelanggan diwajibkan memakai inner yang bersesuaian semasa mencuba lebih daripada satu (1) pasang busana. Langkah ini penting bagi memastikan kebersihan dan kualiti busana sentiasa terjaga serta berada dalam keadaan terbaik untuk semua pelanggan.

    2. Waktu Kunjungan Butik

    • Butik kami menerima pelanggan walk-in pada hari Sabtu dan Ahad tertakluk kepada kapasiti semasa.
    • Bagi kunjungan pada hari bekerja (Isnin – Jumaat), pelanggan digalakkan untuk menghubungi pihak kami terlebih dahulu bagi menetapkan temu janji (appointment).
    • Tempahan temu janji membolehkan pasukan kami membuat persediaan awal dan memberikan konsultasi serta layanan yang lebih fokus dan terbaik sepanjang sesi lawatan anda.

    ⚠️ Update Content Vendor

    Organizer: Azuwaa